31 Mac, 2017

RESEPI CHICKEN CHOP CHEESE DAGING HIPSTERS


CHICKEN CHOP SEDAP YANG MUDAH DIBUAT!

Untuk tarik perhatian anak2 dan pikat selera keluarga kena kreatif, ini cara buat chicken cop sedap yang dalamnya ada cheese dan daging! Fav admin sekeluarga!

Golden bluee chicken chop:

3 ketul dada ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul ringan
2 cwn tepung gandum
2 cwn serbuk roti
myk utk menggoreng ( deep fried)

cara:

1. bersihkan dada ayam.potong seperti rama2.ketuk sehingga leper( guna ank lesung batu
pun bole) kemudian letak cheese dan butter serta slid daging ditengah-tengah ayam, lipat dan gulung daging ayam tu.

2. perap ayam dgn garam dan serbuk lada sulah dan gaulkan dgn tepung gandum sehingga rata.

3. gaul kan pula dgn telur yg tlh dipukul ringan tadi serata.

4. kemudian gaulkn lagi dgn serbuk roti sehingga rata, menggunakan teknik standard breading.

5. sediakan kuali dgn myk yg pns.Goreng sehingga kekuningan.Tos dan angkat.


Bahan sos lada hitam.

3 sudu bsr mentega
1 biji bwg besar bombay dicincang(bwg besar biasa pun bole)
2 ulas bwg putih dicincang
2 sudu bsr tepung gandum
1 susu bsr sos tiram
1/4 cwm sos lada hitam maggie
1 ulas kiub ayam
2 cwn air

cara:

1. panaskan kuali.add mentega

2. add bwg bsr dan bwg putih cincang.kacau sehingga naik bau.

3. add tepung gandum.kacau rata supaya x bergentel.add air serta kiub ayam.

4. biar mendidih dan memekat sedikit. add sos tiram dan sos lada hitam maggie

5. kacau rata..bila dh pekat tutup api