31 Mac, 2017



Sejak kerajaan Malaysia mula menggunakan kaedah penetapan harga minyak mengikut mingguan iaitu setial hari Rabu, heboh diperkatakan oleh media bahawa akan berlaku perang harga minyak dari stesen minyak di seluruh negara.

Terkini terdapat applikasi android yang memaparkan harga minyak murah terbaru yang lebih murah seperti gambar di bawah.


Bagaimanapun, aplikasi ini adalah tidak benar dan rakyat Malaysia jangan tertipu seperti mana yang telah di tegaskan oleh KPDNKK seperti gambar dibawah.


Malahan page Petronas juga telah memberikan maklumat bahawa harga pertol di stesen mereka adalah sama, seperti di gambar di bawah.


Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia disarankan jangan jadi bodoh hanya semata-mata ingin mendapatkan harga minyak yang lebih murah. Kerana PERANG HARGA MINYAK TIDAK WUJUD DI MALAYSIA

Iklan terbaru dari McD mengenai produk makanan ayam goreng rangup mereka telah menular dibibir rakyat Malaysia. Adalah ayam goreng popular dikalangan rakyat Malaysia iaitu Ayam Goreng KFC lebih sedap atau Ayam Goreng McD lebih power? Saksikan Kajian Yang telah dijalankan oleh Atok.
Kredit kepada Atok untuk info ini.
















PINDAAN AKTA 164 : MENCABAR AQIDAH

1. Rang Undang-Undang Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 Akta 164 akan dibaca kali kedua dalam sesi Dewan Rakyat kali ini. Akta ini telah menimbulkan krisis yang berpanjangan khusus melibatkan kes apabila salah seorang pasangan bukan Islam mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

2. Dua krisis terbentuk daripada kes tersebut;

*Pertama*, mereka yang memeluk Islam tidak diberikan hak untuk melakukan petisyen perceraian di Mahkamah Sivil merujuk kepada Seksyen 51 dalam akta yang sama. Dalam masa yang sama, isu tersebut juga tidak dapat diselesaikan di Mahkamah Syariah meskipun mereka adalah sebahagian daripada orang Islam kerana asal perkahwinan mereka tertakluk dibawah Akta 164 dan proses perceraian mesti merujuk kepada akta yang sama.

*Kedua*, rantaian daripada masalah pertama adalah hak menentukan agama anak, sama ada memerlukan persetujuan kedua-dua pasangan atau cukup salah seorang daripada mereka. Isu penentuan agama anak lebih berat jika dibandingkan soal hak penjagaan anak yang turut mendapat perhatian ramai sebelum ini.

3. Umumnya, jika diteliti, pindaan Akta 164 memberikan hak kepada mereka yang memeluk Islam untuk melakukan petisyen perceraian. Namun, ironi sekali apabila dalam soal penentuan agama anak, pindaan tersebut seolah-olah mengambil langkah mundur ke belakang dan lebih merumitkan keadaan serta mengenepikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

4. Pindaan tersebut meletakkan syarat penukaran agama anak mesti mendapat persetujuan "ibu dan bapa atau penjaga" berbanding sebelum ini hanya memerlukan persetujuan "ibu atau bapa atau penjaga".

5. Keadaan ini menimbulkan kecelaruan dan boleh menyebabkan semakan kehakiman yang rumit. Dalam kes Subashini v Saravanan pada 2007 yang selalu dijadikan rujukan kes, hakim Mahkamah Persekutuan ketika menghakimi kes berkenaan menjelaskan penukaran agama anak tidak memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak malah tidak bertentangan dengan Perkara 12(4).

6. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Istilah 'parent' dalam Fasal (3), Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan ditafsir dengan 'by his father or his mother or his guardian'. Justeru, mengapa pindaan Akta 164 ini mesti mengambil langkah ke belakang?

7. Asasnya adalah kepada isu 'unilateral conversion' yang perlu dinilai dan diteliti secara menyeluruh. Mencadangkan pindaan Akta 164 untuk menyelesaikan kompleksiti isu tersebut jelas tidak menampakkan sikap berhati-hati pihak bertanggungjawab. Malah, pertindihan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil juga tidak kurang pentingnya.

8. Amat malang pihak Kerajaan hanya mengambil kira pandangan orang bukan Islam sahaja dan mengenepi kehendak umat Islam arusperdana.

9. Jaminan menganut dan mengamalkan agama di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan hanya dinikmati oleh golongan minoriti sahaja tetapi juga golongan majoriti. Namun kini dilihat seolah-olah semua yang ada pada golongan majoriti hendaklah dikompromi.

10. Isu Pindaan Akta 164 ini turut melibatkan kepentingan agama Islam, agama bagi persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan ia juga dilindungi dibawah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agung (YDPA). Maka, sewajarnya ia ditangani dengan lebih cermat. Justeru itu, pindaan Akta 164 ini wajar untuk diteliti semula sebelum dibentangkan.

11. Ini isu aqidah anak yang perlu dipertahan oleh setiap orang Islam. Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan IFC suatu masa dahulu yang kita sama sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya. Tapi kini kenapa perjuangan IFC yang dibawa secara berasingan ini, kita mahu terima pula?

Sekian.

Sumber Facebook Page

Senarai Skim2 cepat kaya/Ponzi setakat Jan 2017

Ramai org2 melayu kita Blacklist dan bankrap gara2 skim2 ni, sama2 kita share bg membantu yg lain terus ditipu.

SUDAH HANGUS

Komuniti Ikhlas - 2016
MDG Venture
Pok Din Empire - 2016
Alfafa Banglo Misteri – 2016
Highway Group - 2016
CPO Trading - 2016
Mecca Fund Shit Saidey - 2016
Kongsimakan - 2016
Moores Capital FX- 2016
NexusFX – 2016
VenusFX - 2016
SolarBond - 2016
WadiahTrading – awal 2016
MX3 - 2015
Tok Belagak - 2015
Ufun Utoken - 2015
Gwgfx - 2015
Asia Business Machine bhd
Azxpro
AZZ marketing
Double Fast Track
Geneva Gold
Kazanah Bangsa
Mastajak FX
MGCfx/MGCare
MMM
Rainbowfx
Rania Marketing - 2015
Swisscash
Tawund
WCP
YSLM – 2014
Pegasus Bullion – 2014
VGMC - 2014
Boss Venture


TENGAH HANGUS

Mymi1 Anak Dazit (Skim paling HOT)
BookCoin
Bitkingdom
MybcWorld
AuraSfx
FXUnited
Pencil.my
PNZ Rebond
OG1Asean
ARBA Network /CWC

TENGAH MELETUP LETUP Ramai Join setakat Jan 2017

Rbundel
Zenith Gold
Letchat
Getthis
MonSpace
BitClub Network
Gagasan Ummah
DinarDirham
KRUBAL
OD Capital
MGSB i-comey kosipitih

POTENSI HANGUS

JJ Poor to Rich
ABN Network
Bio Niaga Abu Nur
iTijari
iBiz Star Network
Coince
Eurobits
IGOfx
T1FX
MCX Forex
THWGlobal
MYM Programme
PTM4U
AGR car trade
GMJ4u
Amazing7 society
Mface
MMC (mamacaptain)
Affiliate Junction
Phytoscience

Spread the word ! Mohon share !
sudah2 lah menipu org melayu.

Copy Paste Dari Whatsapp Group.
Facebook Page rujukan
https://www.facebook.com/pswatch1/
https://www.facebook.com/SkimCepatKayap/

Mohon Berhati-Hati

gambar sekadar hiasan
PERINGATAN utk semua wanita.

Saya masih ingat no platnya tapi saya taknak hebahkan.. bukan saya tak nak turun untuk tegur suruh simpan beg tangannya dalam baju jaket tapi situasi mungkin jadi lain sebab saya pakai fullface helmet/org india pula tu...datang dari belakang.. kalau dia jerit...pasti naya. Yang saya pasti selepas memintas dia... dia menuju ke arah seksyen 13...satu saya nak ingatkan,mungkin dia rasa beg dia tiada apa...tapi pada ingatan peragut ..didalam tu lah ada segalanya untuk dia.

Saya teringat kembali satu peristiwa berlaku didepan mata saya hadapan Telekom jalan Meru lebih kurang 10-12 tahun dulu.. Seorang penunggang motorsikal perempuan yang meletakkan beg tangan dalam bakul motorsikalnya. 6pm pada masa tu,2 lelaki motorsikal RXZ tarik beg tangan semasa dia sedang dlm perjalanan.


Lalu dia jatuh tersungkur atas jalanraya ...4 tulang jari tangan kirinya pacak keluar dan cedera di siku dan dagu.dia menghadapi Kejutan selepas itu dan asyik menjerit apa telah berlaku sambil tangannya cepat cepat dibalut oleh makcik yg sedang berniaga jual kuih disitu. "TAKDE APA NAK...KAMU JATUH JER"...saya berada betul betul didepannya... nak kejar...motorsikal Modenas kapchai jer..mmg berlaku dgn cepat sekali...lepas tu ada orang telefon ambulan ..masa tu saya tak tahu apa apa pasal First aider macam sekarang... jadi saya berlalu pergi memandangkan ramai dah disitu untuk membantu.

JADI PERINGATAN KEPADA SEMUA PENUNGGANG MOTORSIKAL..JANGAN AMBIL MUDAH PERKARA NI..BOLEH BAWA MAUT. Maaf kalau saudari ada dalam group ni..saya terpaksa tegur disini dan jadikan ini sebagai pengajaran utk yg lain.

*Gambar diambil semasa keadaan berhenti semalam jam 9pm hadapan kilang gula Shah Alam...lampu isyarat atas bukit menuju ke glenmarie.

Jangan jemput Masalah kalau tidak mahu berada dalam masalah.

GURU TERBAIK IALAH KESILAPAN SENDIRI,TAPI KESILAPAN ORANG LAIN JUGA BOLEH MENGAJAR KITA

Bekas Mangsa Ragut Berkongsi Pengalaman




Asam Laksa Cina yang sangat sedap dan mantap!!! Payah jumpa dikedai melayu! Kena try buat..

Resepi ni admin dpt dr kawan cina yg ajar, mmg sedap!! Asam laksa mmg org cina pakar! Try la.. Share cpt!

Bahan utama:
3kilo Ikan kembong
1tin kecil sardin

Bahan Kisar
4 inci belacan melaka warna merah
4 labu bawang besar
1 jari telunjuk kunyit hidup
20+ biji cili padi
1 ibu jari lengkuas

Lain lain
4tangkai daun kesum
20 kpg asam keping
4 bunga kantan - belah
6 serai - titik
1 senduk cili giling
Segengam asam jawa
½ 1 biji nenas masak , blend & masuk dalam kuah


Hirisan/Hiasan
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, kantan dan daun pudina

2 kg ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat dan disiakkan isinya. Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain termasuk ikan sardin yg dilenyet, admin cuci dulu. Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan garam.

Nota:
Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.

Guna laksa beras, lagi sedap, bihun pun blh. Ok.

P/s: Boleh letak otak udang klu nk, tp kwn cina sya ckp, atok dia bg thu, real asam laksa Ni x ada pun otak udang tu.. Blh rujuk IG cheff wan yg cerita pasal asam laksa ni.

Sumber Resepi Viral Facebook

Benda paling suami terlepas pandang. HUTANG NAFKAH.

Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa? Hati kusut..

Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.

Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu? Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati, kedua sebab nak elakkan pergaduhan.


Kahwin tahu nak menggatal je tapi part nafkah wat tahu tak tahu. Banyak yang suami2 terlepas pandang sebenarnya.. Macamna nak berkat rumah tangga kalau hati isteri tak redha perlakuan suami tu..

JANGAN KEDEKUT dengan isteri.. perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak??

Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.. Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia? Keluh kesah dia?

Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.

Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?


Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2..

Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin....

Sumber Facebook

Utk pengetahuan Dalila Ila.. mengikut AP 1967 Sek 19, setiap anggota dan pegawai polis termasuk Konstable Tambahan adalah disifatkan bertugas 24 jam dan boleh dikerahkan pada bila bila masa apabila diperlukan.

Dan utk makluman Dalila si mukut cupil juga.. bahawa setiap anggota dan pegawai polis TIDAK BOLEH MENUNTUT ELAUN LEBIH MASA dan juga untuk pngetahuan dan hadaman mulut lancang cik.. bahawa setiap anggota dan pegawai polis tidak boleh membuat sebarang tuntutan melainkan hanya untuk bayaran yg telah dibelanjakan untuk sebarang tugas rasmi.. contoh pakaian seragam.

Uniform yg mereka pakai adalah dibayar dahulu kepada taylor dan hanya boleh dituntut apabila arahan tuntutan dikeluarkan.. itu pun hanya utk 2 pasang baju sahaja.. apa ko ingat ada satu jenis pakaian kerja ?belum masuk baju kerja pejabat.. baju operasi etc.. kalau x tau bertanya.. sy doakan semoga anda dpt hidayah dan petunjuk Allah.

Copy & Paste Pertubuhan Anak Polis Malaysia
Kredit :
-NZ-



Berikut komen-komen yang diterima dalam facebook Friends of PDRM


CHICKEN CHOP SEDAP YANG MUDAH DIBUAT!

Untuk tarik perhatian anak2 dan pikat selera keluarga kena kreatif, ini cara buat chicken cop sedap yang dalamnya ada cheese dan daging! Fav admin sekeluarga!

Golden bluee chicken chop:

3 ketul dada ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul ringan
2 cwn tepung gandum
2 cwn serbuk roti
myk utk menggoreng ( deep fried)

cara:

1. bersihkan dada ayam.potong seperti rama2.ketuk sehingga leper( guna ank lesung batu
pun bole) kemudian letak cheese dan butter serta slid daging ditengah-tengah ayam, lipat dan gulung daging ayam tu.

2. perap ayam dgn garam dan serbuk lada sulah dan gaulkan dgn tepung gandum sehingga rata.

3. gaul kan pula dgn telur yg tlh dipukul ringan tadi serata.

4. kemudian gaulkn lagi dgn serbuk roti sehingga rata, menggunakan teknik standard breading.

5. sediakan kuali dgn myk yg pns.Goreng sehingga kekuningan.Tos dan angkat.


Bahan sos lada hitam.

3 sudu bsr mentega
1 biji bwg besar bombay dicincang(bwg besar biasa pun bole)
2 ulas bwg putih dicincang
2 sudu bsr tepung gandum
1 susu bsr sos tiram
1/4 cwm sos lada hitam maggie
1 ulas kiub ayam
2 cwn air

cara:

1. panaskan kuali.add mentega

2. add bwg bsr dan bwg putih cincang.kacau sehingga naik bau.

3. add tepung gandum.kacau rata supaya x bergentel.add air serta kiub ayam.

4. biar mendidih dan memekat sedikit. add sos tiram dan sos lada hitam maggie

5. kacau rata..bila dh pekat tutup api
RESEPI TOMYAM PUTIH! SEDAP DAN MUDAH!

Resepi tomyam kali ketiga dari vov ni berbeza lagi, kali ni tomyam putih! Nampak cair tp sedap! Try la.. Share cpt!!

BAHAN-BAHAN:

Isi:
10 ekor udang
10gm sotong
10gm isi ikan
10gm isi kupang
20gm ketam
*Boleh juga tukar dengan ayam

1 ulas bawang merah | dihiris halus
2sm lengkuas | dihiris halus
2 tangkai cili padi | diketuk
1 batang serai | diketuk
2 helai daun limau purut
1 biji tomato | dipotong wedges
5 helai daun selasih
2 sudu teh air limau nipis
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh stok ayam
1 sudu teh gula
300ml air
Garam secukup rasa



CARA MEMASAK:

1. Di dalam periuk, masukkan air bersama bawang merah, daun limau, cili padi, serai, lengkuas, daun selasih, air limau nipis, sos ikan dan stok ayam.

2. Masak sehingga mendidih.

3. Setelah itu, masukkan udang, sotong, isi ikan, kupang dan ketam.

4. Biarkan beberapa minit hingga masak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Hidangkan dan sedia dinikmati.

LANGKAH-LANGKAH ISI BORANG CUKAI (E-FILING)

Sempena musim percukaian ini, kami ingin kongsikan langkah-langkah bagaimana untuk mengisi borang cukai (e-filing) dengan mudah.

Langkah utama adalah dengan melayari https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan login No. Pengenalan dan password.

Jika tiada, anda harus mohon No. PIN individu di cawangan LHDN berhampiran kawasan anda.

Kongsikan dengan rakan anda yang masih pening macam mana nak isi e-filing.

NOTA PENTING:
1. Mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
2. Borang BE - bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.

Sumber FB/Nasihat Kewangan sedia membantu !

Sila ikut langkah-langkah seperti pada gambar.