10 SEBAB ANDA PERLU MENOLAK PINDAAN AKTA 164 JIKA ANDA SEORANG ISLAM

BLogTips
0

PINDAAN AKTA 164 : MENCABAR AQIDAH

1. Rang Undang-Undang Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 Akta 164 akan dibaca kali kedua dalam sesi Dewan Rakyat kali ini. Akta ini telah menimbulkan krisis yang berpanjangan khusus melibatkan kes apabila salah seorang pasangan bukan Islam mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

2. Dua krisis terbentuk daripada kes tersebut;

*Pertama*, mereka yang memeluk Islam tidak diberikan hak untuk melakukan petisyen perceraian di Mahkamah Sivil merujuk kepada Seksyen 51 dalam akta yang sama. Dalam masa yang sama, isu tersebut juga tidak dapat diselesaikan di Mahkamah Syariah meskipun mereka adalah sebahagian daripada orang Islam kerana asal perkahwinan mereka tertakluk dibawah Akta 164 dan proses perceraian mesti merujuk kepada akta yang sama.

*Kedua*, rantaian daripada masalah pertama adalah hak menentukan agama anak, sama ada memerlukan persetujuan kedua-dua pasangan atau cukup salah seorang daripada mereka. Isu penentuan agama anak lebih berat jika dibandingkan soal hak penjagaan anak yang turut mendapat perhatian ramai sebelum ini.

3. Umumnya, jika diteliti, pindaan Akta 164 memberikan hak kepada mereka yang memeluk Islam untuk melakukan petisyen perceraian. Namun, ironi sekali apabila dalam soal penentuan agama anak, pindaan tersebut seolah-olah mengambil langkah mundur ke belakang dan lebih merumitkan keadaan serta mengenepikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

4. Pindaan tersebut meletakkan syarat penukaran agama anak mesti mendapat persetujuan "ibu dan bapa atau penjaga" berbanding sebelum ini hanya memerlukan persetujuan "ibu atau bapa atau penjaga".

5. Keadaan ini menimbulkan kecelaruan dan boleh menyebabkan semakan kehakiman yang rumit. Dalam kes Subashini v Saravanan pada 2007 yang selalu dijadikan rujukan kes, hakim Mahkamah Persekutuan ketika menghakimi kes berkenaan menjelaskan penukaran agama anak tidak memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak malah tidak bertentangan dengan Perkara 12(4).

6. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Istilah 'parent' dalam Fasal (3), Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan ditafsir dengan 'by his father or his mother or his guardian'. Justeru, mengapa pindaan Akta 164 ini mesti mengambil langkah ke belakang?

7. Asasnya adalah kepada isu 'unilateral conversion' yang perlu dinilai dan diteliti secara menyeluruh. Mencadangkan pindaan Akta 164 untuk menyelesaikan kompleksiti isu tersebut jelas tidak menampakkan sikap berhati-hati pihak bertanggungjawab. Malah, pertindihan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil juga tidak kurang pentingnya.

8. Amat malang pihak Kerajaan hanya mengambil kira pandangan orang bukan Islam sahaja dan mengenepi kehendak umat Islam arusperdana.

9. Jaminan menganut dan mengamalkan agama di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan hanya dinikmati oleh golongan minoriti sahaja tetapi juga golongan majoriti. Namun kini dilihat seolah-olah semua yang ada pada golongan majoriti hendaklah dikompromi.

10. Isu Pindaan Akta 164 ini turut melibatkan kepentingan agama Islam, agama bagi persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan ia juga dilindungi dibawah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agung (YDPA). Maka, sewajarnya ia ditangani dengan lebih cermat. Justeru itu, pindaan Akta 164 ini wajar untuk diteliti semula sebelum dibentangkan.

11. Ini isu aqidah anak yang perlu dipertahan oleh setiap orang Islam. Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan IFC suatu masa dahulu yang kita sama sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya. Tapi kini kenapa perjuangan IFC yang dibawa secara berasingan ini, kita mahu terima pula?

Sekian.

Sumber Facebook Page

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)