RM200 LESAP APABILA MENGGUNAKAN KAD DEBIT DI PETROL PAM

BLogTips
0
Ambil duit d ATM. Tgk baki mcm kurang. Tak puas hati, print penyata mini d ATM. Tgk mcm ok. Tp bila kira jumlah masuk dgn jumlah keluar, lesap RM200.

Refer dgn bank. Terpaksa que smpi boring. Smpi giliran, pegawai bank check mmg ada RM200 yg kena apung tp tak nampak d penyata. Dia bgtau sbb sy guna kad ATM @ Debit d mesin isi petrol shell. Sy bgtau, sy isi petrol tak sampaipun RM70 knapa perlu apung hingga RM200. Dijawabnya selamba, mmg begitu.

Baki transaksi mungkin dapat & mungkin jg tidak. Nadanya pula makin sarcasm. Aku panas. Pegawai kaunter sebelah perasan. Terus datang utk pulihkan keadaan & bagitau bila kita guna kad d mesin mmg RM200 akan diapung. Tapi akan dpt semula baki selepas 5 hari bekerja. Nah, ckp beginikan senang. Tak perlu nak sarcasm bagai 😡😡😡

Persoalan :

1. Mengapa tidak maklumkan kpd pelanggan sewaktu kempen penukaran kad ATM @ Debit ttg pengapungan duit sehingga RM200 sekiranya kad tersebut digunakan pd mesin isi petrol? Bayangkan klu kena org yg sesak time hujung bulan.

2. Adakah pengapungan ini dikenakan bagi setiap transaksi? Klu ikut percakapan pegawai bank, dia guna istilah "setiap kali guna d mesin isi petrol". Klu betul, bayangkan klu guna 5 kali X 200 = RM1000. Kesianlah klu terkena pada org yg tak tahu. Bisa terbeliak biji mata.

3. Teknologi seharusnya menyenangkan tetapi terasa seolah merisaukan.

4. Solusi? Senang sj, jgn pakai. Tapi bagaimana pula dgn org yg tak maklum atau terpaksa guna disebabkan terdesak? 🤔🤔🤔

* Sekurang2nya sy share pengalaman supaya org lain maklum 😘😘😘 fb.com/cikguRC

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)