PANADOL PARACETAMOL BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN HATI

BLogTips
0
Merungkai Mitos- Panadol(Paracetamol)

Ramai daripada Netizen yang memviralkan ubat Paracetamol(PCM) sebagai salah satu ubat yang akan merosakkan hati. Saya juga bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Tetapi ia wajib memenuhi satu syarat ini iaitu OVERDOSE.

Hanya dose ubat PCM yang berlebihan saja yang akan merosakkan hati. Jika dose paracetamol tersebut sesuai dengan umur dan berat badan seseorang, maka ia dijamin selamat dan tidak akan merosakkan organ hati

Selain daripada itu, 85 ke 95% dos PCM yang diambil akan disingkirkan dalam masa 24jam. Jadi dalam masa 2-3 hari tiada lagi kompoun PCM di dalam badan kita. Pernyataan yang mengatakan paracetamol akan tinggal dalam tubuh manusia selama 5 tahun adalah sesuatu yang salah.

Selain daripada ubat demam, PCM juga boleh bertindak sebagai ubat tahan sakit. Kegunaannya hanya melibatkan sakit-sakit yang kecil sahaja seperti sakit-sakit badan, sakit kepala yang tidak serius dan sebagainya.

Manakala ketika pembedahan melahirkan bayi pula, ubat PCM tidak digunakan sebab ianya tidak bertindak seperti ubat bius. Ubat bius inilah yang akan menghilangkan rasa sakit secara sepenuhnya dan cara ia bertindak(Mechanism of action) sangat berlainan dengan PCM.

Rekomendasi:

1) Ubat Paracetamol adalah ubat yang sangat selamat
2) Penggunaan dengan jumlah dos yang betul tidak akan merosakkan hati
3) Hampir keseluruhan dos paracetamol akan disingkir dalam masa 24jam

Harap bermanfaat

Copy/paste Fb
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)