Resepi Masakan Ketam Black Papper.

firaz
Resepi Masakan Ketam Black Papper.






KETAM BLACK PAPPER SEDAP

INGREDIENT:
Ketam sekilo – cuci dan salut dengan tepung jagung
1 genggam biji lada hitam -tumbuk
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji bawang putih – potong halus
halia sebesar ibu jari – mayang halus
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
sedikit minyak untuk menggoreng
1 pokok daun bawang
1 pokok daun ketumbar
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

METHOD:
Goreng ketam sampai masak – jangan overcook nanti isi dia keras dan kering
Dah siap goreng ketam, tumis bawang putih , bawang besar dan halia hingga layu

Bila dah layu, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kacau sebati
Dah sebati masukkan kan kicap dan sos tiram

Kacau dan masukkan sedikit air
rasakan garam dan gula
bila mendidih, masukkan ketam, kacau rata selam 5 minit dan masukkan daun bawang.

Kuah akan pekat sendiri sebab ketam dah digoreng dengan tepung jagung
Bila dah masak, tutup api . Taburkan daun ketumbar.

Sedia dihidangkan
Tags