BIOMETRIK @ DAKWAT

BLogTips
0





Bagaimana Sistem Biometrik boleh dimanipulasi?
SPR KATA.......

Sistem biometrik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pengesahan pengundi pada pilihan raya umum akan datang kebal daripada manipulasi dan tidak boleh ditembusi kepada penyalahgunaan oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya.

Ini kerana sistem simpanan data warga negara yang dikendalikan oleh JPN adalah ‘kalis manipulasi’ dan mempunyai data lengkap setiap individu yang mempunyai Mykad tulen.

HARAKAH KATA.....

"Sistem biometrik hanya diketahui oleh pegawai dan tidak diketahui oleh rakyat dan petugas. Ini menyebabkan ia tidak telus kerana masalah sebenar pengundian adalah apabila ia tidak telus," kata Dr Dzulkefli Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.

Beliau yakin, sebagaimana pembelian dakwat sebelum ini, projek 'biometrik' akan tinggal cadangan sahaja.

"Jika ia hendak dilaksanakan juga, kerajaan akan hadapi masalah belanja yang besar, latihan, keyakinan rakyat dan sebagainya," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada kerajaan agar isu ini diselesaikan dengan cara yang semudah mungkin.

"Mengapa takut sangat dengan penggunaan dakwat kekal sedangkan ia terbukti berjaya di negara yang paling lama demokrasinya di dunia sebelah sini iaitu India.

"Cara ini mudah dan telus kepada rakyat kerana isu sebenar adalah ketelusan. Guna biometrik hanya akan dapat ditentusahkan oleh pegawai bertugas sahaja berbanding dakwat kekal yang boleh disaksi oleh semua yang berada dalam tempat mengundi," kata beliau lagi.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)