07 Disember, 2017

Umum mengetahui malas seluruh dunia telah lama nampak dan tahu akan kekejaman Tentera Israel yang menakluki dan menguasai sedikit demi sedikit tanah rakyat Palestin sejak berpuluh tahun dahulu tanpa sebarang masalah dan sekatan. Peperangan demi peperangan berlaku antara rakyat palestin dan tentera israel dan pemimpin dunia islam hanya akan tersedar ketika isu sedang memuncak tetapi malangnya mereka akan kembali tidur setelah beberapa hari kemudian.

Kadang-kadang isu Palestin digunakan oleh sesetengah pemimpin untuk menonjolkan kononnya dia lah juara yang berjuang untuk mempertahankan rakyat Palestin padahal segala perbuatannya itu hanyalah untuk mendapat sokongan dari rakyat terutama apabila mereka semakin hampir dengan pilihanraya di negara masing-masing. Isu Palestin in terlalu mudah digunakan untuk mengabui mata demi sekeping undi untuk mengekalkan kekuasaan di negara masing-masing.


Adakah isu pengistiharan Baitulmaqdis atau Juruselam sebagai Ibu Negara Israel oleh Presiden USA D. Trump akan mengembalikan semula tanah rakyat Palestin kepada umat Islam atau Pemimpin Negara Islam hanya berlakon di pentas demi mengekalkan kekuasaan di negara masing-masing? Ini akan terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi, kerana mereka pemimpin negara islam ini akan kembali ke kamar masing-masing untuk menyambung tidur dan mimpi yang indah dalam istana mereka.

KENAPA AMERIKA DAN ISRAEL BERANI MENJADIKAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL WALAUPUN TELAH LAMA MENGUASAI PALESTIN?

INI LAH JAWAPANNYA

1. Tiada lagi pemimpin berani dan garang seperti Saddam Hussein sebagai ketua negara Arab.

2. USA berjaya melantik pemimpin boneka di negara arab.

3. USA berjaya mengikat pemimpin Arab Saudi.

4. kebanyakkan negara islam hari ini lebih pentingkan kerjasama ekonomi dengan USA.

5. Pendek kata, pemimpin dunia islam hari ini hanyalah boneka yang berada di bawah kaki pemerintan negara Uncle Sam.

Apa yang berlaku hari ini hanya retorik dan lakonan semata-mata, usah lah kamu tertipu.

Kepada rakyat Palestin, pilihan di tangan kamu samada memilih untuk terus berperang atau hidup sebagai rakyat israel dan menguasai ekonomi negara israel.

PILIHAN DI TANGAN KAMU
Samada kejadian ini kebetulan atau suratan, Bandaraya Los Angelas kini dihujani hujan api yang tercetus dari letupam gunung berapi selepas Presiden USA, Trump istiharkan Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara israel. Sehingga kini Bandaraya Los Angeles masih terbakar dan ruang udara dipenuhi dengan habuk dan debu hasil letusan gunung berapi tersebut.



Antara gambar yang dirakam di Los Angelas




Tarikh 7 Disember 2017 menjadi tarikh bersejarah yang hitam buat umat islam terutama rakyat Palestin apabila negara mereka, tanah air mereka di rampas oleh Yahudi di bantu oleh Amerika Syarikat dengab pengistiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden USA iaitu D. Trump. Maka makin jelaslah kiamat makin hampir dengan berlakunya kejadian ini. Pergolakan yang teruk bakal berlaku seperti mana yang telah di jelaskan dalam Hadis di bawah.

Di antara tanda-tanda Kiamat adalah penaklukan Baitul Maqdis. Dijelaskan dalam hadits ‘Auf bin Malik Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ... (فَذَكَرَ مِنْهَـا:) فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

‘Ingatlah (wahai ‘Auf) ada enam (tanda) sebelum datangnya hari Kiamat....’” (Lalu beliau menyebutkan salah satunya), “Penaklukan Baitul Maqdis.”(HR Bukhari)


Kembalinya kaum Yahudi ke Palestin sebagai tanda bahwa kiamat telah dekat, karena setelah mereka kembali, tidak lama setelah mereka berkuasa di Palestin kaum muslimin akan memerangi mereka dan baitul Maqdis ditaklukkan kembali oleh kaum muslimin, sebagaimana hadist.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)


Sebenarnya kejadian ini tidak boleh dihalang lagi kerana memang telah jelas bahawa perkara ini akan berlaku jua pada suatu masa. Ini hanyalah petanda-petanda bahawa dunia makin hampir kepada hari kiamat.

Apa yang penting bagi umat islam adalah menyediakan diri untuk menghadap hari penghakiman yang semakin hampir.

Amat malang lah sekiranya masa anda dihabiskan dengan perkara yang melalaikan dan masih belum insaf untuk bertaubat.
Ilmu di dunia ini amat luas dan tanpa had untuk semua manusia mempelajarinya. Walaupun kita mempunyai ilmu yang banyak belum tentu kita mampu memahami ilmu yang lain dari apa yang kita pelajari. Dan setiap ilmu tidak hanya boleh menggunakan logik akal semata-mata sebelum dibilas dengan ilmu yang sewajarnya. Jangan kerana terlalu taksub menggunakan logik akal akhirnya kita dikecam oleh orang lain. Tetapi dengan persoalan logik akal jua lah maka kita boleh menambah ilmu yang tidak kita ketahui. Tanpa persoalan mana mungkin akan ada jawapan.

Inilah yang berlaku pada seorang pengguna twitter yang mempersoalkan pembinaan sebuah jalan di kaki gunung yang berpusing-pusing hingga menyebabkan kos pembinaan berbillion ringgit padahal bagi dirinya, jalan tersebut boleh dibina lurus seperti gambar dibawah.


INILAH JAWAPAN DARI SEORANG YANG MEMPELAJARI KEJURUTERAAN

Konsep kejuruteaan pembinaan bukan hanya memikirkan mengenai kos pembinaan, malah semua aspek diambil kira termasuk keselamatan, kecerunan, struktur tanah, aliran air, kesenian dan sebagainya. Mohon baca gambar dibawah kalau masih belum faham.




Wahai Ibu Bapa, awasilah anak-anak kita. Ada kalanya redha dengan kehidupan yang susah dan sederhana itu lebih baik dari hidup mewah yang menjadikan kita togho (melampau) dan akhlak jadi tidak tentu hala.

Ketika hidup orang Melayu di tahap susah dahulu, masing-masing tahu berjimat. Baju dan buku sekolah tetap dipelihara untuk diguna semula. Kalau tidak untuk diri sendiri, mungkin untuk adik beradik, saudara mara atau jiran tetangga.


Apabila tabiat buruk ini tidak dicegah ketika ia bermula sedikit masa dahulu, kini tabiat ini sudah membentuk habitat.

Ya... habitat pelajar yang sudah tidak lagi terdidik... yang sudah tidak lagi kenal batas jantina.., sudah jadi sombong dan pemboros.

Semua ini ada kaitan dengan kemewahan rezeki yang telah Allah kurnia. Lihat sahaja motosikal dan kereta yang diberikan ibubapa, lihat sahaja jenis gajet mereka.

Semua ini ada kaitan dengan sikap liberal dan 'tidak apa' oleh ibubapa, saudara mara dan jiran tetangga. Sekarang ini nak tegur mereka pun sudah tidak berani.

Sekarang ini guru disiplin, ketua kampung, imam masjid bahkan saudara mara sendiripun cuma boleh 'tengok' sahaja mereka bercengkerama, bahkan merokok di depan pagar sekolah.


Itu belum masuk lagi 'acara' gila selepas habis periksa. Lelaki perempuan sewa hotel atau berhimpun di 'private house' yang di'hadiahkan' oleh ibubapa. Beramai-ramai mereka meraikan 'hari akhir' persekolahan selepas SPM.

Apabila diserbu, ada yang dengan selamba saja menempelak penguatkuasa yang itu adalah hak 'peribadi' mereka.

Dengan rokok dan arak di tangan, dengan pakaian tidak cukup kain dan lelaki perempuan ramai-ramai duduk 'bersentuhan' rapat-rapat di atas katil, mereka masih katakan itu hak peribadi mereka???

Inikah anak-anak 'pintar' yang sudah sangat yakin dan terjamin akan masuk universiti selepas SPM? Pasti benarkah yang mereka ini tidak akan masuk sekolah lagi (mungkin perlu tingkatan 6) sehingga pakaian sekolah harus dimusnah?

APAPUN JANGAN TERKEJUT DENGAN SEMUA INI KERANA PELBAGAI TARIAN SEKSI, LAKONAN LUCAH, NYANYIAN CINTA BERAHI SUDAH PUN DI'AJAR'KAN DAN DIPERSEMBAHKAN DALAM ACARA RASMI SEKOLAH. TENTUNYA ITU LAH JUGA 'MINAT' SANG GURU.

ADA YANG BARU NAK ANJURKAN SOLAT BERJEMAAH DI SEKOLAH PUN SUDAH DITENTANG DENGAN LANTANG.


Sesungguhnya kita sudah tiada masa untuk berpolitik tentang ini. Yang perlu hanyalah tindakbalas segera untuk mencegah dan memberhentikan segalanya.

WARGA PRIHATIN

Kredit untuk mereka yang mengengahkan isu ini berserta gambar-gambar sebagai bukti. Semuga ia mampu mengetuk pintu hati ibubapa dan generasi muda kita.