06 September, 2017

Gigi Anak Rosak Kerana Susu Yang Terkumpul Ketika Tidur

KARIES BOTOL SUSU
macam mana boleh jadi?
Anak terlena dengan botol susu atau air manis dibiarkan di mulut.


So sepanjang masa anak tidur tu gigi atas biasa nya terendam sendu di dalam air manis/susu yang bertakung dalam mulut. Tak sempat nak telan, lena dulu.๐Ÿ˜ฌ
Kemudian dengan faktor masa, gula, air liur, terjadi lah karies, disebabkan bakteria yang hadir kunjung tiba๐Ÿ˜Œ KARIES yang korang selalu dengar dekat iklan colgate tu. Or bahasa senang nya, gigi rosak.

BIASA NYA GIGI YANG TERLIBAT IALAH GIGI ATAS HADAPAN. korang kan suka bahasa vavavoom so kami orang gigi panggil gigi incisor. Boleh google☺️

Dah jadi macam ni, mestilah parents nak tahu kesan dia kan?
1. Sakit
2. Susah nak kunyah makanan
3. Masalah pertuturan
4. Yang paling penting ialah masalah jiwa๐Ÿ˜” confirm-confirm kena ejek kat sekolah. Korang sendiri pun kena kan time sekolah dulu? ๐Ÿ˜” tak pun korang pun join kutuk kawan rongak kan?๐Ÿ˜ effect dia self esteem rendah lah. Sah-sah malu nak join contest bercerita kat sekolah sebab rongak.

Update 6.10pm
Soalan: kena cabut ke kalau macam ni?

Jawapan: tak kalau tak sakit. Bahagian pergigian sendiri tak galakkan cabut tambah-tambah kalau umur bawah 4tahun. Taknak cipta bad 1st dental experience , taknak patient trauma dengan rawatan gigi & klinik gigi. Gigi 'disimpan' sebagai space maintenance sehingga gigi kekal yang ganti tempat gigi buruk tu tumbuh.

Ya kalau sakit & bernanah. Sampai tak boleh tidur & buat apa- apa aktiviti. Parents pun join tak senang duduk bila anak merengek. Ya, kalau ganggu pertumbuhan gigi kekal. ( kes ni kena cabut cepat risau gigi baru, lari alignment ๐Ÿ˜ฌ)

Jadi sekarang ni korang try dulu jadi hebat dengan tak biarkan botol kat mulut anak time tidur☺️ then macam biasa lah, gigi jangan lupa berus & pergi check up macam saya request dalam previous post. Tahu susah nak buat, cakap senang lah kan? Jadi jom kita buat sesama๐Ÿ˜˜

kredit onwer

#kakgigi