16 Ogos, 2017


Konspirasi Gula Di dalam Susu Pekat Manis

Disangka susu, rupanya Susu Pekat Manis adalah #konspirasigula semata mata!

Susu Pekat Manis di proses dengan menambah “dosa dosa” dari gula yang bertidak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan lama sehingga bertahun tahun lamanya sekiranya tidak di buka dari tin. Kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu MATI lalu mengekal tahap sterile susu tersebut. Kandungan gula di dalam satu tin Susu Pekat Manis boleh mencapai sehingga 45% manakala kandungan susu hanyalah 10%.

Masihkah anda ingat kepada satu iklan yang menggunakan Susu Pekat Manis dengan tagline “ Membesar Dengan Susu Cap X ?”

siaran Iklan yang di tayangkan pada tahun 90 an itu menunjukkan kanak kanak berebut minum “susu” berkenaan dengan membayangkan suasana yang aktif dan cergas.

Menggunakan tagline "Minuman Yang di Percayai Turun Temurun", bermakna sudah turun temurun kita tertipu!

Pada ketika itu (malah kini), ada ibu bapa membancuh Susu Pekat Manis di dalam botol susu dan di beri kepada anak anak sebagai penganti kepada susu tepung.

Seperti mana produk #konspirasigula yang lain, produk Susu Pekat Manis juga di war warkan dengan slogan Rendah Lemak, Mengandungi Vitamin D,Vitamin A, Vitamin B, Lebih Calcium, Extra 25% dan lain lain lagi bagi menarik pengguna.

-------------------------------------------------------
Adakah Anda Pengguna Tegar Susu Pekat Manis? Fikirkan Semula..

Penggunaan susu pekat manis di Malaysia adalah LUAR BIASA. Susu Pekat Manis di gunakan secara berleluasa sebagai pemanis minuman seperti teh Tarik, air bandung, kopi,minuman perisa coklat dan sebagainya. Selain itu ia juga sering di gunakan dalam kuih muih, kek, ABC, Cendol dan sebagainya.

Kajian membuktikan bahawa penggunaan Susu Pekat Manis didalam MINUMAN merupakan antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari. Data dari 2003 Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) menunjukkan masyarakat Malaysia mengambil 30 gram ( 3 sudu) SUSU PEKAT MANIS setiap hari bersamaan dengan 16 gram gula.

Tidak cukup dengan itu, bagi menambah rasa manis dalam minuman, rakyat Malaysia juga telah menambah 21 gram (4 sudu) gula menjadikan jumlah pengambilan gula tambahan hanya di dalam minuman sebanyak 37 gram.

Mengikut pecahan kaum, MELAYU merupakan pengguna tertinggi gula termasuk susu pekat manis berbanding kaum India dan Cina.
-----------------------------------------------------------
Teh Tarik Sebagai BONEKA #KONSPIRASIGULA?

Teh Tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini tanpa disedari telah menjadi boneka kepada #konspirasigula.

Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor
Daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan lemak,''

Tahukah anda, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat. Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada Susu pekat manis mungkin merupakan alternative yang lebih baik bagi menikmati Teh Tarik Kegemaran rakyat Malaysia.

-----------------------------------------------------


Ingat Susu Pekat Manis, Ingat Diabetes dan Komplikaisnya

Secara ringkasnya, pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 2015, hampir separuh rakyat Malaysia mengalami maslaah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing Manis, darah tinggi dan penyakit jantung .

Menurut kajian pada 2013 Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Tahukah anda 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di Malaysia menderita kaki atau jari yang telah di potong akibat komplikasi kencing manis.

Pada sesiapa yang pernah melihat dan menghidu bau dari kaki Diabetic Foot Ulcer pasti akan ingat bau tersebut selama lamanya.

Oleh itu, ingat Susu Pekat Manis,
Ingats Diabetes dan Komplikasinya.


Mesej dari Public Health Malaysia

Rujukan
1. Maria Sofia V Amarra,Geok Lin Khor, Pauline Chan. Malaysia Added Sugar Intake. Asia Pac J Clin Nutr 2016;25(2):227-240.
2. http://www.milkingredients.ca/index-eng.php?id=193
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Condensed_milk
4. Teh tarik sedap tapi mudarat http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm
5. http://www.livestrong.com/article/267787-sweetened-condensed-milk-nutrition-information/
6. http://www.diabetes.org.my/article.php?aid=943

Tonton iklan susu pekat manis pada tahun 80 an
https://www.youtube.com/watch?v=DaAHertJCEM
https://www.youtube.com/watch?v=AkDMzBLprlU
https://www.youtube.com/watch?v=lbKgc2sWyfM
https://www.youtube.com/watch?v=fe5K3Vt-Lic

15 Ogos, 2017


Firash ni mmg dr kecik lg kami didik dia klu nmpak mainan kt mana² toyshop, kedai DIY, kat kaki lima dia akn tgk je sambik kata umi, ni orang punya kan. Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main² kan keta control depan dia, pastu kata adik nak ni tak? Si firash ni tgk muka umi dan kata umi, yg tu org punya kan. Hahhahaa

Sbb masa dia kecik dlu(masa tu dh faham apa yg kita bgthu) bila dia nmpak bnyak toys kt kedai, dia kata nakk, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambik.

Kalau kami nampak dia nak sgt benda tu (dia x mengamok guling² tp mata dia mcm berair, muka nampak frust) so kami faham la yg dia nak sgt² benda tu especially geng² giant truck mcm excavator, bulldozer, dump truck,daddy akan belikan TAPII bukan beli depan mata dia,bukan dia yg pegang dan bwk mainan tu ke kaunter. Kalau dia kata nak book, barulah kami izinkan dia bawak sndiri buku tu ke kaunter. Kami lg suka belikan buku sebenarnya.

Umi akn alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yg akn ambik mainan tu and bayarkan. Bila mainan tu dh ada dlm plastik, dia takkan perasan yg tu toys yg dia nak. Bila dh smpai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yg dia senang nak nmpak).mula lah buat muka sengih manis macam nak jilat jeee muka manis tu.Mak mertua ninnie yg ajar petua ni. Klu nak beli mainan kt anak, jgn beli depan mata dia. Klu tak nnti dia akn terbiasa bila nmpak je toys, nak time tu jgk. Klu xdapat ngamuk dalam kedai tu jgk. Budak² kannn.bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak² hrga toys skarang mahal kot, takkan tiap kali lalu kedai mainann kita nk kena belikan.

Smpai la sekarang Firash xde nak ngamuk²,merajuk bila nmpak toys banyak² kt kedai. Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. si adik pegang patung barbie.boleh plk si firash ni jerit kat adik, "adikkkkk, tak boleh ambik, yg tu orang punya!! Smpai menangis² adik dia marah mcm tu (si firash ni mmg bajet abanggg kawasan sgt bila adik dia buat salah).
Hehe sekian untuk hari ni. Lain orang lain caranya.ini cara umi utk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan utk anak kami setakat ni.

Kat Raisya pun kami buat jgk cara ni. Tp dia xfaham sgt lg. Dia suka ikut kepala dia je sbb kecik lg kot hahhaa. Guling sana guling sini tu mmg hobi dia. Bukan sbb nak barang, tp dia xsuka org dukung atau pegang dia masa berjalan. Tapi mmg bajet diva kot nak jalan sndiri nak bebas. Haha. Hat tu mmg xleh nak buat apa dah. Mata kita kena perhatikannn je mana dia nak pegi 😂

Kdt : Ninnie Kiddielove

08 Ogos, 2017


gambar sekadar hiasan
Saya gadis berusia 21 tahun. Belum berkahwin.
Saya ada masalah selalu beronani atau melancap dengan menggunakan jari untuk merangsang bahagian klitoris saya tanpa memasukkannya. Bermakna saya masih dara. Sejak umur 14 tahun saya start beronani.

Umur 15 saya bercinta dengan seorang senior di sekolah saya. Dia mengajar saya cara main ringan2 dan saya turutkan sebab saya teringin merasai nikmat seks. Tapi sekadar ringan2 sahaja tak melibatkan penetration. Sejak tu, saya selalu tukar2 boyfriend dan selalu main ringan2.

Bulan 12 Tahun lepas, saya dah terlanjur dengan boyfriend saya. Kali pertama saya merasai nikmat seks. Kami ulangi perbuatan tu banyak kali tapi saya tak puas. Lepas dia pancut, saya mesti akan main klitoris sampai saya puas.

Baru2 ni, saya dah bertaubat. Saya nak ubah diri saya. Saya dah start pakai tudung, baju lengan panjang, seluar longgar. Dan saya akan berkahwin dengan lelaki yang dah ragut dara saya tu. Cuma masih kumpul wang sikit2 memandangkan kami berdua masih belajar.

Jadi,soalan saya disini. apakah cara untuk mengelakkan diri daripada melancap? Boleh dikatakan sehari 4-5 kali saya akan melancap. Time period pun saya melancap. Walaupun saya dah bertaubat, saya tak boleh tahan. Tergedik2 rasanya kalau tak melancap.

Lagi2 lepas saya dah tiada dara. Saya rasa nafsu saya semakin menjadi2..tolong saya warga krt.saya nak berubah..apa petua nak elakkan melancap?

*gambar sekadar hiasan

Seorang remaja Australia, Sam Kanizay mengalami pendarahan tanpa henti di bahagian kaki setelah merendamkan kakinya di laut Dendy Street Beach, Brighton.
.
Niat beliau yang ingin menyejukkan badan selepas latihan bola sepak bertukar menjadi mimpi ngeri setelah kakinya berdarah tanpa henti sehingga dikejarkan ke hospital.


Apa puncanya? Kutu laut pemakan daging. Atau dikenali sebagai Sea Lice. Fuh. Ngeri beb. Utk pengetahuan korang, kat Malaysia pun ade, soo... Hati2 yer kuak lentang kat laut tu.

06 Ogos, 2017

Lelaki Tidak Serius.

"Awak, awak serius ke nak kahwin dengan saya?"

"Kalau ada jodoh, ada la. Kalau tak de nak buat macam mana?"


Akan ada lelaki yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan sekadar suka-suka dan mengisi kesepian di hati. Tengok semua kawan-kawan dia ada makwe, dia pun nak ada sama.

Dah tiga tahun bercinta pun masih tak serius lagi menuju ke alam rumah tangga. Lebih teruk lagi boleh cakap "ada jodoh, kahwin la kita."

Perempuan dah sayang kat kau, kau boleh pula cakap kalau ada jodoh ada la. Dah tiga tahun bercinta, kau bagi harapan kat dia, kau ajak dia keluar dating boleh lagi cakap macam tu?

Kaum perempuan ni, malas nak start balik. Dia setia je dengan kau, tapi kau buat tak kisah pulak. Kalau kau tak ada niat nak kahwin dengan dia tak payah la nak beri harapan atau ajak dia bercinta dulu. Simple.

Dah bercinta lama-lama bila dah rasa boring, mula la nak minta putus. Bagi alasan "awak terlalu baik untuk saya la", "saya tak sempurna", "saya tak bersedia jadi suami la". Macam bangang.

Kesian lah duk buang duit, buang masa, buat dosa kalau tidak bercita-cita nak kahwin dalam masa terdekat kan. Kalau muda lagi takpe la, ini nak masuk umur 30 tahun pun kata tak bersedia lagi. Tak cukup simpanan wang lagi. Kesian la ke makwe kau. Jika dia duk tunggu kau bersedia, alih-alih kau tak jadi kahwin dengan dia macam mana?

Sekurang-kurangnya masuk meminang dulu. Biarlah ada ikatan. Usaha ke arah perkahwinan itu kena ada. Ini tiap minggu ajak keluar, makwe kau suruh masuk meminang taknak. Suruh datang jumpa keluarga terus menggelupur sawan pula. Kakakaka.

Kau usaha la. Perempuan ni tak kisah pun nak kumpul duit hantaran sama-sama. Masa bercinta kemain caring. Dah dapat terus dingin dan langsung tak merancang untuk berkahwin.

Lain lah kalau putus cinta sebab bukan jodoh. Kau jangan sengaja nak main-mainkan hati dan perasaan orang. Jangan sampai makwe kau dah fed up dengan kau, cari calon lain. Masa tu mula la kau merayu nak dia balik.

Kalau tak serius lepas tu tak sempat simpan duit belanja kahwin. Akhirnya pinjam bank RM20K. Lepas tu? Kau fikirlah sendiri.

Perancangan kena ada. Kahwin mudah, tapi janganlah kau ambil mudah. Lepas kahwin kena rancang juga. Kena fikir juga perancangan keluarga kau.

***

Kalau kau dah berkenan dengan seseorang tu atau dah lama bercinta cepat-cepatlah berkahwin. Jangan buang masa dengan bercinta tapi akhirnya tidak ke mana.

Sekurang-kurangnya bila kau dah mula menjalinkan hubungan dengan seseorang tu, biarlah ada niat untuk berkahwin bukannya sekadar suka-suka. Kalau saja nak suka-suka baik tak payah. Faham?

Lelaki yang bakal jadi ketua keluarga. Kau lah patut berusaha ke arah menjadikan perempuan yang kau suka jadi yang halal. Jangan teruskan bagi harapan palsu. Jangan teruskan menabur janji manis. Jangan terus membiarkan makwe kau menanti dan terus menanti.

Yang tengah bercinta tu, gua doakan urusan perkahwinan korang dipermudahkan. Allah pasti akan mempermudahkan urusan yang baik. Buatlah majlis setakat yang mampu.

Jangan sebab nak majlis kahwin yang grand, kau tangguhkan perkahwinan. Rugi bercinta lama-lama.

Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang perlu kau buat lepas ni. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Baru padan muka kau. Kah3!

Copy&paste dari fb amir shahir

04 Ogos, 2017


Dalam kereta selepas mengambil isteri di tempat kerja, saya mengemukakan beberapa pilihan.

"Sayang, sempat ke nak masak atau kita tapau je atau makan kat kedai?", saya senaraikan pilihan-pilihan yang ada dengan harapan isteri akan mudah memilih.

"Abang boleh tak kita gerak dulu menghala ke rumah. Nanti kalau tak sempat baru kita decide. Maghrib 7.30 kan? Tapi kalau boleh orang nak masak", isteri tak buat pun pilihan dan saya perlu cepat membuat pelan kontigensi yang ada.

Jam menunjukkan pukul 7 petang. Saya lihat isteri tersenguk-senguk menahan mengantuk. Saya memahami bebanan tugas dia hari ini.

"Sayang, abang rasa tak sempat pun sayang nak masak. So kita nak berhenti Giant atau pasar malam?", saya pandang pada isteri.

Tiada jawapan.

"Sayang, kita berhenti pasar malam. Beli je makanan untuk berbuka, lepas tu kita beli sayur dan ikan siap-siap", saya membuat keputusan bagi pihak isteri.

Isteri setuju.

"Sayang nak makan ape?", Gulp. Saya rasa soalan tu pun tak perlu saya tanya dan wajar saya tarik balik 😬.

"Abang beli nasi dagang dan untuk sayang nasi kerabu ok? Nak sayur lebih dan tak nak budu kan", isteri mengangguk-angguk.

Moral of the story.
+ Suami perlu menjadi pembuat keputusan paling dominan.
+ Isteri biasanya mempunyai pilihan yang banyak sehinggakan dia tak tahu nak buat keputusan 😅.
+ Isteri biasanya watak berkorban. Dia bercita-cita nak masak banyak lauk tetapi dia lupa dia bukan superwoman yang boleh buat banyak perkara dalam masa 15 minit.

Situasi ini mengingatkan saya akan pesanan seorang sahabat, "Isteri kita biasanya akan suka berkorban dan diaorang sangat hargai jika suami sedar yang dia telah berkorban. Tapi satu je, harga untuk sebuah pengorbanan tu adalah kesetiaan"

"Awak pernah merokok tak?"

"Tak.." dengan yakin menjawab.

"Betul ke? Ni ada hitam-hitam ni.."

"Owh.. Itu dulu. Dah lama berhenti." pulak.

"Bila berhenti?"

"Tahun lepas.."

"Owh.. Ya ke? Habis tu mulut awak ada bau asap rokok ni kenapa?"

Hmm kan dah tersipu-sipu senyum malu.

Tingkatan satu.. Tingkatan dua dah pandai cakap bohong. Tapi jangan harap dapat tipu doktor gigi tau.

Ini sempat snap gigi atas je, sebab lupa nak snap gigi bawah. Padahal gigi bawah lagi teruk hitam-hitam dia. Tapi dah jadi bersih sebab dah 'ter'cuci dulu sebelum ambil gambar. Bukan niat tidak baik atau apa-apa. Sekadar memberi informasi kepada yang ingin tahu.

Cuba perhatikan, ini stain rokok yang melekat pada gigi. Bukan main susah nak hilang. Berus gigi pun takkan tanggal. Melainkan dapatkan rawatan di klinik. Cuci gigi. Itu pun lama nak hilangkan bagi bersih semua. Lepas cuci, bersih la sekejap gigi tu sehingga jumpa rokok yang seterusnya.

Cuba bayangkan, macamana pula kalau stain ni melekat pada paru-paru? Atau pada seluruh salur pernafasan? Makin lama makin tebal. Makin mengeras. Hilang sifat kenyal salur pernafasan. Ganggu paru-paru dalam berfungsi untuk kembang dan kempis. Lalu tak mampu bernafas. Macam mana rasanya tak dapat bernafas? Sakit tak?

Ini cuma sekadar gigi. Dan saya cuma minta bayangkan keadaan paru-paru. Belum masuk kegagalan lain lagi.

Andai rasanya sukar bernafas itu bukan sesuatu masalah yang besar, teruskan. Andai kegagalan jantung itu dirasakan sesuatu yang tiada apa-apa, teruskan. Andai dirasakan kanser itu sesuatu yang tidak dihairankan, teruskan.

Namun teruskan usaha memudaratkan diri sendiri itu tanpa melibatkan insan lain.

03 Ogos, 2017

Saya nak share citer ni.. saya dh bertunang tunang saya org pantai timur dia baik sgt selalu ingtkan saya tentang solat dia tak pernah miss selalu call saya tanya khabar boleh di katakan hari2 dia akan call tanya khabar saya sygkan dia sangat2 inshaAllah tahun depan kita nikah.. tapi..

skg sy keja kat putrajaya..saya keja baru 6 bulan..start bulan 7 saya ada berkenalan dengan seseorang mula2 saya berkawan sahaja tapi lama2 saya jatuh cinta kat dia dan dia pon mcm tu jgk.

klu ada masa kita akan jumpa makan g karaoke main bowling sama2 pernah 1 hari saya hanyut terjebak manja ringan2 dgn dia tapi xde la smpai terlanjur just ringan2 sahaja tiap kali jumpa dgn dia ,dia akan ajak buat benda ringan2.

mula2 saya mengelak tapi lama2 saya hanyut dan terikut sekali sehingga saya lupa kat tunang saya..dan lupa dosa huhu.. saya pernah sekali xnak wasap dgn kenalan saya ni tapi sy xboleh syg tu dh ada.

skrg sy bingung n rasa bersalah sgt kerana menghianati cinta tunang saya dan rasa diri ini berdosa lps buat benda ringan2 tu saya rasa tak tenteram dan menangis.

apa yg harus saya buat ni.. ??

dua2 saya syg .. :'( ke saya harus melupakan dua2 sekali sbb tunang sy seorang yang baik solat xpernah tinggal dia banyak ajar saya benda baik tapi saya dh buat benda tak baik.

patut kah aku teruskan hubungan dgn tunang saya.. saya malu sbb dia spatutnya jumpa pmpuan yg baik2.

Hutang PTPTN adalah wajib dibayar selepas 3 bulan anda menamatkan study anda di IPTA/S. Bagaimana cara anda boleh membayar hutang ini secara lumsum / sekaligus dalam tempoh 3 bulan?

Anda boleh gunakan teknik yang dicadangkan oleh pengguna twitter yang hebat ini. Kredit diberikan kepada owner thread ini. Segala permasalahan adalah tanggungjawab sendiri.

Berikut adalah tekniknya..

1. Kumpul secara konsisten Rm100 dari gaji anda selama 3 bulan, dan selebihnya baki hutang anda, pinjamlah dengan Ahlong.

2. Kini hutang PTPTN anda telah selesai, hanya perlu bayar hutang Ah Long

3. Lepas hutang Ah Long, anda pergi mengadu pada PPiM bahawa anda mangsa Ah Long. PPiM akam settle masalah anda. Settle hutang anda.

#sarcasm

02 Ogos, 2017


Salam sy nk tnya smua..salahkah sy bela nasib kucing2 kat sini...sy msa bkk kedai x terniat pn nk bela kucing tp kt sini mmg bnyk kucing..so sy ikhsan la bg mkn...ada sy ambik bela sbb bby lagi..

Kebajikan dieorg pn sy jga..berak dlm pasir ..dlm kedai...klau dieorg ada berak dpn kt luar ni pn sy hr2 pg kutip buang..

Plik tu pn ada org dengki x puas hti..nk report bagai

Td ada sorg permpuan ni..bju cntik dh ttup aurat..tp hati busuk...dia marah suami..dia ckp kedai sy busuk..suamj jwb apa yg busuk..dia ckp busuk kucing..dia ckp kteorg berdosa sbb gnggu hidung dia..

Dia x duk sini pn dia owner umh ats ni dtg sekali sekala..knp la dia bnci sngt dgn kucing2 kt sini.
Dia ugut nk report kt lain lg sbb sini dia dh report kt jmb..tp jmb ckp x tau nk ckp pa..ye la sbb sy x kcw org..taik dieorg pn sy berihkn..sbb tu jmb x kcw

Sy minta doa dr sahabat smua...jgn la ada org kcw kedai sy..sy x sanggup nk buang dieorg..syg sngt kt dieorg..sy tkt org gnggu kna buang smua

..apa nasib dieorg nt...sedih sngt cm dlm dunia ni x ada tempat tuk bulus2 ni...

Apa kata anda??

"Ayah tak mintak banyak dari kamu, ayah nak anak ayah belajar rajin2, jaga maruah dan hidup dengan penuh kasih sayang, ayah tak mintak dibalas jasa pun, cukup sekadar ingatan untuk ayah lepaskan rindu, ayah penat tak apa janji anak ayah tak lapar disekolah, ayah letih tak apa janji anak ayah rajin mengaji, ayah busuk tak apa janji anak ayah wangi.. ingat pesan ayah, biar orang hina ayah sekarang, ayah tak nak besar nanti kamu juga dihina, belajar rajin2 ya nak... jadi insan berguna, disanjung kerana sifat mulia". - Ayah


Hati ibu mana tidak hancur luluh bila melihat sikecil setiap hari menangis kesakitan.
"Sakit Ma...Sakit Ma"

Dah letih menangis sehingga tertido, itu lah masa sikecil berhenti menangis. Jika terjaga maka kembali lah dia menangis kesakitan. Malah lebih sedih selera makan nya juga hilang.


Apakah ada rawatan yang sesuai untuk sekecil ini sembuh seperti kanak-kanak lain?
Doa kan semoga sikecil ini sembuh sediakala.

01 Ogos, 2017

Salam min,cuma nak share,kalau mulut korang berbau,walaupun dah gosok berkali-kali cuba cek,mana tau ada tonsil stone..bila picit bau dia macam bangkai biawak,busuk nak mateyyy..ni cebisan makanan yang terlekat tepi poket mulut,gosok gg pun tak boleh hilang,sbb dia kat dalam..huhu kalau nk tau details taip je tonsil stone kat utube,kluala nanti..
Tq min..