Resepi Udang Masak Merah Yang Menyelerakan Untuk Berbuka Puasa

firaz
0
Menu untuk berbuka esok. Nak masak Malam ni pun boleh. 😍


UDANG MASAK MERAH

Bahan-bahan:
1/2 kg udang basah (dibersihkan)
2-3 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
4cm halia |dikisar
1 batang serai |diketuk
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar |dimayang


CARA MEMASAK

1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai sehingga terbit bau.
2. Masukkan sos tiram, sos cili, dan sos tomato.
3. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
4. Masukkan udang,bawang besar, cili merah dan sedikit air.
5. Kacau rata-rata. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
#majalahrasa #rasashare #resipi #udangmasakmerah #food #recipe

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)