RESEPI BURGER MALAYSIA SAMBAL BILIS GEBU

BLogTips
0

Resepinya

Bahan A
1 1/2 cawan air suam
1 paket yis
2sdb gula pasir
Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 - 6minit lebih kurang

Bahan B
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sdb membukit butter guna marjerin pun boleh
2 sdb susu pekat manis
1 1/2 sdt double action baking powder ..baking powder biasa pun boleh..
1/2 sdt baking soda..effect rangup kulit burger tu nanti..
Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk


Caranya
Masukkan larutan yis bahan A ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10mnt...peram dlm bekas bertutup 10 mnt..tabur tepung dlm talam..bulat2kan doh..ikut saiz yg dikehendaki..tekan sikit atas doh tu..susun dlm talam..buat hingga siap..peram lg 18-20 mnt dan bolehlah digoreng..guna api sederhana..sentiasa balik2kan

SAMBAL BILIS

Resepinya
2 genggam ikan bilis ..digoreng.. toskan..
1 biji bawang besar ..hiris..
2 sdb sos cili
1 1/2 sdb gula
Sedikit garam
Bahan perasa jika perlu
1/2 cawan air
1 1/2 senduk minyak masak utk menumis

Bahan kisar
10-12 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3- 4 ulas bawang putih


Caranya
Panaskan minyak masak. . tumis bahan kisar. .masukkan gula.. tumiskan hingga betul2 naik minyak dan cili berubah warna. . masukkan sos cili..kacau.. masukkan bawang hiris dan ikan bilis serta air..bila agak pekat masukkan garam dan bahan perasa. .

SILAKAN SHARE. .
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)