LAGI OKU DITAHAN, SI KUDUNG DALANG KES RAGUT, PECAH RUMAH

BLogTips
0

BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD TAWAU KOMITED BANTERAS JENAYAH

Tawau, 16 Mac 2017 - Usaha PDRM Tawau melalui BPJKK dalam menurunkan jenayah di daerah Tawau menunjukkan keberhasilan dengan penangkapan 3 sekawan yang menjadi dalang kes ragut, pecah rumah dan curi di sekitar Tawau dalam Ops Bersepadu yang dijalankan.

Suspek terakhir merupakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan petang semalam di Jalan Pantai. Tangkapan tersebut melengkapkan rangkaian geng berkenaan yang dikehendaki pihak polis bersabit kes jenayah yang berlaku di daerah ini.

Dua suspek sebelum itu ditahan pihak polis di dua lokasi berasingan. Suspek pertama merupakan seorang lelaki warga asing berumur 26 tahun ditahan di kawasan setinggan Kampung Tawau Lama. Hasil semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau dan merupakan bekas banduan.


Suspek kedua pula seorang OKU warga asing berumur 17 tahun yang dikenali dengan nama panggilan 'Si Puntung' (si kudung) oleh warga tempatan kerana tangan kanannya yang kudung. Suspek ditahan ketika berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di kawasan Batu 3 Kampung Tawau Lama. Suspek bagaimanapun cuba melarikan diri apabila menyedari pihak polis namun ditahan tidak lama selepas itu.

Kesemua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam pada itu usaha membanteras jenayah dan dadah ke arah menjadikan Tawau Sejahtera terus ditingkatkan oleh pihak polis dari masa ke semasa dengan serbuan dan tangkapan penjenayah dan pesalah dadah. Masyarakat Tawau yang ingin menyalurkan maklumat boleh berbuat demikian melalui :


Sumber FB IPD Tawau
IbuPejabatPolisDaerahTawauSabah/
✅ Hotline IPD Tawau 089-772121
✅ Inbox @FB Polis Daerah Tawau/ email @ polistawau@gmail.com
✅Balai polis berdekatan

#KeArahTawauSejahtera

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)