COKLAT PEANUT BATTER LAVA CAKE YANG MARBELES

BLogTips
0

RESEPI COKLAT PEANUT BATTER LAVA CAKE, YANG SANGAT OHSEM SEDAP ABAD INI!

Mudah je rupanya buat ni! Selalu tgk orang makan kt hotel 5bintang je! Skrg dh boleh buat sendiri! Share ler cpt!

Hidangan – 4 Kek Coklat.

Bahan-bahan:

5 sudu besar butter
100gm coklat gelap (satu bar coklat standard) atau Peanut butter (admin guna peanut butter..
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins disapu butter

Cara penyediaan:

Panaskan oven 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)

Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.

Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.

Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.

Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau taknak boleh terus masuk oven.

Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam. Atau boleh juga guna teknik waterbath kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer. Angkat dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan.

Jemput share dan tag kawan2
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)