BATUK BERBULAN-BULAN, DAPATKAN TIPS DAN PETUA TERBAIK INI

BLogTips
0

Pernahkah anda mengalami batuk yang menyakitkan, kadang-kadang hingga batuk berdarah dan menyebabkan suara yang serak ala-ala penyanyi Ella. Berbulan-bulan batuknya, bermacam ubat telah dicuba, berbagai klinik telah pergi, malangnya masih belum sembuh. Amalkan tips ini.

Sebelum itu kenali dahulu ketegori batuk anda. Terdapat beberapa jenis batuk:

1) Batuk berasal di kerongkong dan tidak berkahak. Selalunya akan rasa kering, gatal/perit di tekak dan membuatkan kita batuk berkali-kali kerana kegatalan. Ia selalunya disebabkan oleh jangkitan virus atau tindak balas akibat alahan. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa seminggu.

2) Batuk berasal di dada dan berkahak
Paru-paru mengeluarkan lendir dan kahak apabila kuman (virul dan bakteria) telah memasuki paru-paru dan tidak dihalang di tekak. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru seperti bronchitis dan pneunomia.. Kahak yang dikeluarkan selalunya berwarna hijau, kuning dan ada kalanya bercampur darah.

3) Batuk berasal dari dada tapi tidak berkahak
Batuk begini berlaku apabila terdapat perubahan struktur dalam paru-paru, dan menandakan masalah yang serius dan menyebabkan rasa sesak nafas.
Ketika-tiga jenis batuk ini harus diperiksa dengan ujian xray setelah memasuki dua minggu. Bagi yang mengalami batuk dan sesak nafas yang teruk dalam masa yang singkat, pemeriksaan xray harus dilakukan segera tanpa bertangguh.

Sumber Drzubaidihealth

Petua mengubati batuk yang berpanjangan.
Petua ini admin dapat dari ibu admin sendiri apabila admin mengalami batuk selama 2minggu dan telah menghabiskan sebotol ubat batuk cap ibu dan anak.

Kebiasaan bagi admin, apabila batuk pasti ubat batuk cap ibu dan anak menjadi pilihan. Malangnya batuk kali ini terlalu degil dan keras kepala. Setelah sebotol diminum masih lagi tidak hilang batuknya.

Apabila admin balik ke kampung untuk melawat mak ayah, ibu admin telah memberi petua untuk hilangkan batuk ini. Petua ini amat berkesan keatas kakak admin yang telah mengalami batuk kering berbulan-bulan lamanya. Dan setelah admin mempraktikkan petua ini, batuk admin telah hilang selepas 3-4 hari mengamalkannya. Yang paling best apabila kali pertama menggunakan petua ini, gatal di kerongkong terus hilang. Jadi admin amat mengalu-alukan jika anda ingin menggunakan petua ini.


So, apa petuanya?

Ambil sesudu makan kicap.
Perah limau nipis.
Terus telan.


Amalkan 3kali sehari. Pasti jika diizinkan akan sembuh dari masalah batuk tersebut.

Semoga bermanfaat, ingin tips lain?
Klik disini.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)