AKHIRNYA AWIE JUMPA IMAM KADIR DI KHEMAH NERAKA

BLogTips
Ada satu kampung,
diberi nama Kampung Brimbun.
Dalam kampung itu tinggal seorang pemuda, Awie namanya.
Awie ini yatim piatu, juga bekas seorg banduan.

Dia dimasukkan penjara atas tuduhan menyimpan dadah.
Kerana statusnya yg bekas banduan dan merempat, dia dipulau oleh org2 kampung, termasuklah imam Kadir.

Imam Kadir cukup tak suka dgn Awie.
Di kampung itu juga ada seorang cikgu yg dikenali dgn sikap alimnya.
Cikgu Jabar ini sahaja yg mahu berkawan dgn Awie.
Perlahan2 cikgu Jabar ajak Awie berjemaah di surau dan bergaul dgn org kampung.
Awie bukan tak nak pegi, tapi dia tahu Imam Kadir tentu tak suka.

Suatu malam di kampung itu diadakan satu Ceramah Perdana dgn menjemput seorg ustaz glamour ala2 Ustaz Azhar.

Ramailah org2 kampung yg dtg sbb nak tgk ustaz itu dgn lebih dekat.

Ada 2 khemah disediakan utk yg hadir. Satu khemah cukup dgn lampu dan kipas dgn hamparan karpet utk bersila.

Satu khemah lagi gelap tanpa berlampu, takder kipas, takder karpet, kerusi pun takder.

Org2 kampung dah huru hara, takkan laki pompuan nak bercampur bwh satu khemah yg terang dan sejuk itu.

Ustaz : Assalamualaikum dan terima kasih buat org2 kampung Brimbun yg sudi hadir.
Saya sengaja buat dua khemah dgn satu terang satu gelap.
Begini... sblm saya memulakan ceramah.
Saya nak bahagikan pakcik makcik, abg kakak semua dlm 2 kumpulan.

Imam Kadir dah sengih, nie la masanya org2 kampung yg liat turun surau nie sedar.

Ustaz mesti nak banci yg mana rajin ke surau yg mana tak nak turun ke surau. Kena brain wash la yg tak ke surau nie nanti. Rasakan kau Awie!!..

Ustaz : Baiklah.. Andai kata kita semua mati pada malam ini, siapa rasa diri dia takder dosa dan layak sbg ahli syurga, sila bawa diri anda yg mulia ke khemah yg terang ini.

Yg rasa diri dia byk dosa dan dia calon ahli neraka pulak, masukkan diri anda yg hina ke dlm khemah yg gelap itu.

Tuh diaa... Sorg2 dah terkebil2, terkulat2...
Dgn slow motion sorg demi sorg keluar dari khemah yg terang.

Mana taknya, Cikgu Jabar yg alim pun dok masuk khemah neraka.

Imam Kadir and the gang dah panas punggung.

Khemah terang dah tinggal anak2 kecik jer dok leka bermain sesama mereka. Budak2 bukan tahu apa2. Ada ibu2 yg panggil anak dia keluar.

Ustaz : Aik kak? Anak2 akak duk main2 dlm syurga apsal panggil masuk neraka? Anak2 kita takder dosa kak... Kalau mereka mati mlm ini, mmg syurga tempat mereka.

Biar mereka bermain2 kat situ.. Akak duk neraka tuh diam2.
Ada isteri yg tarik suami sekali.
Mana aci isteri jer berpanas gelap.
Awk bukan baik benor kata isteri.

Kelam kabut dah jadiknya.
Mahu tak mahu Imam Kadir kenalah join jugak khemah neraka...

Tengah bersesak2 dlm khemah yg gelap dan panas itu,
Imam Kadir terasa ada jari cuit bahu dia.
Awie : Aik Mam!? Jumpa jugak kita kat sini.. Kita sekhemah rupanyer....

Moralnya - KITA SERUPA. Maka, BERPESAN2LAH DGN KEBENARAN DAN KESABARAN.... Wallahua'lam..