25 Januari, 2017

BANDAR BARU KLANG
24.01.2017 (1319)

SEORANG LELAKI WARGANEGARA ASING LINGKUNGAN 40-AN DILAPORKAN TERSANGKUT TANGAN DI DALAM TANDAS DI SEKOLAH MENENGAH SRI ACMAR, BANDAR BARU KLANG TENGAHARI TADI.

MANGSA DIPERCAYAI CUBA MENDAPATKAN KEMBALI HAND PHONE YANG TERJATUH MENGGUNAKAN TANGAN TETAPI TERSANGKUT SEHINGGA DISEDARI OLEH KAKITANGAN SEKOLAH.

MANGSA YANG MERUPAKAN PEKERJA PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN TELEKOMUNIKASI SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAN DI SEKOLAH BERKENAAN.

MANGSA TERPAKSA DIBERIKAN SEBANYAK EMPAT SUNTIKAN PENENANG APABILA BERTINDAK BERTERIAK DAN TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA SEMASA KERJA MEMECAHKAN LANTAI KONKRIT DILAKUKAN.

LANTAI KONKRIT TANDAS BERKENAAN DIPECAHKAN DAN PAIP DI TINGKAT BAWAH DIPOTONG BAGI MENGELAKKAN RUANG HAMPAGAS YANG AKAN TERUS MEMERANGKAP TANGAN MANGSA.

TANGAN MANGSA BERJAYA DIKELUARKAN SETELAH RUANG ALIRAN UDARA DIWUJUDKAN DENGAN MEMECAHKAN LANTAI KONKRIT DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK AMBULAN SEBELUM DIBERI RAWATAN AWAL DAN DIBAWA KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT.

▶JBPM
IKLAN JAWATAN KOSONG

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan sebagaimana berikut. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

1. JAWATAN : i. PENOLONG JURUTERA AWAM GRED JA29 (1 kekosongan)
ii. PENOLONG JURUTERA ELEKTRIK GRED JA29 (1 kekosongan)
iii. PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL GRED JA29 (1 kekosongan)
iv. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29 (1kekosongan)
v. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29 (2 kekosongan)


Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Taraf Jawatan : Kontrak (Contract Of Service)


2. CARA MEMOHON

2.1 Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

2.2 Tarikh tutup permohonan pada 15 Februari 2017

2.3 Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU

(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan)


3. KETERANGAN AM

3.1 Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

3.2 Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-

(i) Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(ii) Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
(iii) Borang tidak lengkap atau tidak terang;
(iv) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
(v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai yang sedang berkhidmat ; dan
(vi) Tidak ditandatangani.

3.3 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

3.4 Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan
ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

24 Januari, 2017

PAS PARTI YANG PELIK.

Pertama yang pelik pada PAS ialah PAS dimusuhi oleh kedua-dua belah pihak. PAS dimusuhi oleh pemerintah dan PAS juga dimusuhi oleh blok pembangkang. Apa yang tak kena pada PAS ini? BN serang PAS bermati-matian. Blok pembangkang juga serang PAS siang dan malam. PAS ini dikelilingi oleh musuh. Adakah PAS tak pandai berkawan? Peliklah PAS ini kerana mengelak daripada manusia spesis kawan makan kawan.

Dalam keadaan kawan dan lawan berjuang demi Putrajaya, PAS pula berjuang demi redha Allah. Orang lain kata PAS ini gila kerana berjuang untuk kalah. Yang peliknya, orang gila inilah yang sibuk mencatur gerakan massa. Orang tak gila pula sibuk mencatur kabinet bayangan, Orang gila inilah yang tidak duduk sebelum berlunjur. Orang tak gila pula burung terbang dipipiskan lada.

Yang peliknya, dalam mengharapkan redha Allah, orang PAS-lah yang berjuang pelik-pelik. Orang lain berjuang apabila dihulurkan habuan. Ada duit minyak ada duit tambang. Ada bekal, ada makanan, ada upahan. Orang PAS pula turun ke medan sambil menghulurkan wang. Orang lain berjuang kerana rasa partinya akan menang. Orang PAS berjuang walaupun tahu partinya selalu kalah berjuang.

Peliklah PAS ini. Orang lain berimankan undi non-muslim penentu pemenang. PAS pula beriman dengan pertolongan Allah. Allah kata pertolongan-Nya dekat. Orang PAS yakin kemenangan itu semakin hari semakin dekat walaupun sudah menjangkau puluhan tahun. Inilah peliknya orang PAS. Mereka tak pernah ragu dengan janji Allah.

Orang lain mengangkat pakar yang berkiblatkan akal. PAS pula mengangkat pakar ilmu wahyu. Gahnya orang lain dengan kajian dan data yang bersumberkan hukum akal. PAS tidak. PAS dilihat lekeh kerana bersumberkan hukum wahyu. Orang lain sudah merasakan mereka telah jauh ke depan kerana akal. PAS pula yakin mereka sentiasa ‘evergreen’ kerana selari dengan wahyu.

Ya PAS memang pelik. Orang lain takut menuntut syariah kerana takut hilang sokongan rakyat. PAS tegas dengan Islam. Kamu nak benci, bencilah. Kalau nak kalah, kalahlah. Orang PAS memang pelik. Ketegasannya gila-gila. Keyakinannya gila-gila. Pengorbanannya gila-gila. Kerja pilihanayanya gila-gila. Istiqamahnya gila-gila. Ini pelik orang PAS.

Puncak segala kepelikan ini teringat aku akan hadis Nabi s.a.w. Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w., "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing,pelik). Dan ia akan kembali asing (pelik) pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing (pelik)".

-oleh Salam Muhammad @ BayangDiAir

#TeamIstiqomah

23 Januari, 2017

TIPS & TEKNIK URUTAN PERINEUM MENGURANGKAN RISIKO KOYAKKAN SEMASA BERSALIN

🍃Urutan ini sebaiknya boleh diamalkan seawal kandungan 35 minggu.
Perineum adalah diantara kawasan dubur dan faraj.

🍃Teknik ini dikatakan membantu mengurangkan koyakan dan guntingan yg besar semasa meneran.

🍃Urutan ini boleh dilakukan sendiri dirumah ataupun bantuan suami dan seeloknya dilakukan selepas mandi kerana diwaktu ini urat disekitar perineum lembut dan selesa disentuh

🍃Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.

🍃 Mommies digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.��🍃Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak kelapa dara.

Teknik URUTAN PERINEUM

1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.

Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.li.
TIPS UNTUK IBU HAMIL
--------------------------

Ikuti panduan 9 panduan ibu hamil untuk memudahkan kelahiran.

1. Urutan perineal

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu mami memudahkan proses kelahiran yang bakal dihadapi dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Proses meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna iaitu 10sm. Mami boleh mulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula minggu ke-34 kehamilan sehinggalah saat mahu melahirkan.

Tips sebelum melakukan urutan rutin tersebut:

+ Pastikan jari benar-benar bersih
+ Guna minyak yang berasaskan sumber bahan semulajadi seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara
+ Elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum
+ Namun, mami dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

.
2. Senaman Kegel

Senaman Kegel ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan itu, otot berkenanan akan mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahiran tiba.

Senaman ini boleh dilakukan dimana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh dilakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

.
3. Teknik pernafasan

Teknik pernafasan ini amat penting untuk dikuasai kerana ia dapat membantu ketika menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

Di minggu-minggu terakhir kehamilan, mami sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal diaplikasikan ketika proses pelahiran.

.
4. Tidur mencukupi

Walaupun akan mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan,mami dinasihatkan untuk memastikan jumlah waktu tidur adalah mencukupi. Ini kerana mami perlu kekal bertenang semasa proses melahirkan nanti.

.
5. Keadaan selesa

Fikiran yang tenang, mental dan emosi yang mantap sangat penting semasa proses pelahiran. Cuba bertenang diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.

.
6. Teman kuat semangat

Mami perlu pilih siapa teman yang bakal menemani mami di bilik bersalin nanti. Ini kerana sokongan daripada yang tersayang boleh membantu memudahkan kelahiran bayi. Sekiranya mami memilih suami untuk berada disisi, suami perlulah mempunyai semangat yang kental (tidak takut darah, lemah semangat) agar suami mampu memberikan sokongan ketika mami berhadapan dengan kesakitan. Teman Isteri di Bilik Bersalin: 6 Perkara Papa Perlu Peduli

.
7. Perguna graviti

Mami digalakkan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika mami berdiri tengak kerana keadaan begini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul.

Oleh itu, mami tidak disarankan untuk hanya berbaring diatas katil sahaja. Bawa suami untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin.

.
8. Baring mengiring ke kiri

Amalan sebegini juga diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak ‘keluar’ dengan cepat.

.
9. Makan secukupnya

Bila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, mami perlu makan secukupnya untuk tenaga semasa meneran nanti. Sekiranya mami tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Buat si suami, sentuhan kepada isteri dapat mengurangkan kesakitan sepanjang proses bersalin. Tangan si suami amat berguna ketika itu. So, suami perlu belajar beberapa teknik asas urutan. Bagi mengelakkan tangan letih mengurut, sediakan beberapa bola tenis yang dimasukkan ke dalam stoking bagi membolehkan ia digolekkan di bahagian belakang isteri.

Semoga bermanfaat ❤️❤️
Short Trip : Kuala Lumpur - Hat Yai Menaiki Keretapi. Bajet bawah RM500.

Sebab ramai yang bertanya, saya kongsi perjalanan ke Hat Yai baru-baru ini menaiki keretapi. Perkhidmatan keretapi yang mempunyai ruang tidur (sleeper bed), dari KL - Padang Besar sudah ditamatkan perkhidmatannya tahun lepas. Telah digantikan dengan ETS. Jadi melepaslah angan-angan nak tidur dalam train, sambil menulis puisi. Gitu. Jadi nak tak nak, sebab hajat hati nak naik sangat keretapi, maka kami booking tiket secara online, boleh guna link ini untuk pembelian.

http://www.belitiketbas.com/tiket-ets-ktmb-online/

Atau boleh terus ke kaunter KTMB di KL Sentral untuk beli secara terus. Terpulang. Cuma digalakkan beli awal. Sebab perkhidmatan ETS ni ramai yang guna. So belilah cepat sebelum kehabisan. Harga tiket tren ETS berbeza mengikut klasifikasi tren. Ada tiga jenis semuanya - Platinum, Gold dan Silver. Yang membezakan tren dan harga tren ini adalah perhentiannya. Platinum lebih cepat, kurang berhenti mengambil penumpang dan jarak masa yang singkat. Silver lebih lama masa perjalanannya kerana banyak stop/berhenti untuk mengambil penumpang. Bagi warga emas dan OKU serta pelajar juga boleh mendapat harga tiket yang istimewa/ konsesi.

Dari KL Sentral ke Padang Besar, harga tiket orang dewasa sehala adalah RM80 dan kanak-kanak RM44 (Emas/Gold pakej). Kami naik ETS jam 9.30 pagi. ETS memang tepat waktu. Jadi pastikan jangan sampai lewat ke terminal. Sebab pertama kali naik tren, ETS ni seronok juga. Ada cafe kecil disediakan dengan makanan yang boleh tahan sedap juga. Ada tv yang pasang movie, surau, toilet yang bersih. Selesa untuk perjalanan yang jauh. Tolak-campur macam naik flight juga rasanya. Sepanjang perjalanan kita dihidangkan dengan permandangan yang indah.

Perjalanan mengambil masa 5 jam. Kami tiba di stesen Padang Besar jam 3 petang lebih kurang. Disebabkan nak kejar train klasik Hat Yai yang akan bergerak jam 3.45 waktu Malaysia (waktu Siam sejam lambat dari Malaysia), maka waktu ni kelam-kabut sikit. Sebab nak beratur cop pasport, beli tiket ke Hat Yai, isi borang imigresen. Boleh bayangkan kalau pergi weekend, mesti akan lebih kelam-kabut. Syukur kami tak perlu beratur panjang. Hanya ada beberapa penumpang yang turut serta bersama kami. Jadi proses berjalan pantas. So total kalau kau pergi Hatyai pakai train adalah RM80+RM10= RM90.

Jadi tertunailah cita-cita saya menaiki tren klasik yang tingkapnya boleh dibuka. Dan beranganlah macam cerita hindustan sambil keluarkan kepala dan tudung melayang-layang ditiup angin nan ganas. Tiket untuk ke Hat yai cuma RM10 bersamaan 100 baht untuk 2 orang. Dan untuk pengetahuan juga, tren ke Hat Yai cuma ada 2 kali. Belah pagi dan petang. Jadi kalau tak sempat naik train, boleh naik van yang disediakan di pintu masuk sempadan Thai dalam 700 meter dari Terminal Padang Besar. Harga tiket sama juga dengan naik tren. Cuma feel dia totally lain la. Justeru pastikan rancang perjalanan dengan betul dan tepat, supaya bisa naik tren klasik yang menyeronokkan.

Kami tinggal di hotel namanya The Bed, di pekan Hat Yai yang harganya cuma lebih kurang RM100 sehari. Selesa, bersih dan agak luas untuk harga yang macam tu. Kedai makan tak ada masalah. Di mana-mana banyak kedai makan muslim. Komunikasi pun tak ada masalah. Mereka boleh faham cakap melayu.

Hat Yai sedang tengkujuh. Hujan lebih banyak muncul dari matahari. Jadi di sekitar pekan Hat Yai kami berjalan saja. Semuanya walking distance. Cuma untuk ke tempat-tempat tourist attraction, agak jauh dan harus naik pengangkutan lain seperti motorsikal atau tuk-tuk.

Kami pergi 3 hari saja, dari rabu sampai jumaat. Antara tempat yang kami sempat jejak :

1) Hat Yai Municipal Park
2) Phra Phutthamongkol Maharat
3) Hat Yai Municipal Bird Park
4) Night Market Hat Yai
5) Asean Trade Bazaar
6) Khlong Hae Floating Market
7) Chang Puak Camp Hat Yai

Kesemua tempat-tempat ini harga tiket tak mahal sangat. Ada juga yang masuk percuma saja. Kami banyak habis duit untuk makan. Hehe. Tuk-tuk pula dalam 400 baht bersamaan RM50 sepanjang hari. 2 hari RM100 lebih kurang. Kami pulang menaiki van dari Hat Yai ke Padang Besar. Merasa juga pengalaman bersesak dalam van dengan penumpang lain. Dan beratur cop pasport di sempadan, kemudian jalan kaki ke terminal Padang Besar untuk naik ETS, pulang ke KL.

Paling yang saya nak pergi sangat ialah Floating Market-nya. Kami sampai hujan lebat sangat. Air naik sehinggakan peniaga hanya mampu berdagang di atas jalanan. Amar pujuk hati dengan kata yang nanti bila-bila kita pegi naik kereta aje. Pergi semata-mata untuk floating market saja. Okay, i keep that promise.

Hat Yai syurga makanan. Semua makanannya tak ada yang tak menyelerakan. Nampak simple saja, tapi enak sangat. Sama macam kehidupan, perkara-perkara sederhana akan selalu menang. Trip ke Hat Yai ini amat sederhana, tapi saya merasa sangat bahagia. Saya menikmati ketenangan kotanya, keramahan manusianya, kedinginan musimnya, keenakkan makanannya dan kecintaan masyarakatnya terhadap seni-budaya.

Terimakasih Hat Yai. Semoga kita bertemu lagi.
Berikut adalah cara untuk membeli simcard tronexus secara online. Pastikan anda mempunyai online banking dan telah mengambil gambar hadapan Kad Pengenalan untuk di attach semasa pendaftaran sincard ini.

klik link disini untuk bermula https://goo.gl/iqd0MM
dan ikut gambar berikut st







JADI YANG TERAWAL MENIKMATI KELEBIHAN SIMKAD TRONEXUS
=========================

TRONEXUS adalah sebuah organisasi yg menjalankan modul program rujukan di bawah Tronexus Global Sdn Bhd dan merupakan subsidiari syarikat Talk Focus Sdn Bhd. Sebahagian besar perniagaan kami terdiri daripada menyediakan penyelesaian teknologi dan gaya hidup berhubung dgn telekomunikasi dan produk perniagaan.

Sim Tronexus dikuasakan oleh TRON, iaitu sebuah syarikat Mobile Virtual Network Operator(MVNO) dikendalikan oleh Talk Focus Sdn Bhd. TRON menerima lesen Network Service Provider(NSP) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) pada tahun 2011. TRONEXUS juga telah bekerjasama dengan Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia(LPKPM) dan diiktirafkan Sijil Pengakuan Keahlian Kehormat.

Faedah di Tronexus :

• Bonus Rujukan/Bonus Kemasukan
• Bonus Prestasi/Bonus Topup
• Bonus Kepimpinan
• Sumbangan Amal
• Khairat Kematian
• Nombor VIP
• Mata Penebusan/Baucer
• Insentif-insentif lain lagi seperti pertandingan & cabutan bertuah.

KADAR PANGGILAN :

- Call PERCUMA (Tronexus ke Tronexus)
- SMS 7sen (Tronexus ke Tronexus)

- Call 20sen/minit (Tronexus ke Rangkaian lain)
- SMS 10sen (Tronexus ke Rangkaian lain)

- Tarikh luput 365 hari. Kredit habis masih boleh call sesama rangkaian.
- Pakej Data Yang Berpatutan (Tiada caj pay per use apabila data sudah habis data) Masih Boleh Berwhatsapp.

Modul Perniagaan Tronexus

TERDAPAT 3 PAKEJ/PRODUK :

Risalah produk Premium T.A.S.K (RM299) No VVIP
===============================
- Mantain tambah nilai RM50 setiap bulan, untuk melayakkan tuan/puan menerima bonus.
- Tuan/puan disarankan mengambil pakej ini, jika setiap bulan topup melebihi RM50.
- Potensi pendapatan pasif RM244 ribu setiap bulan.

Risalah produk Standard T.A.S.K (RM99)
==============================
- Mantain tambah nilai RM30 setiap bulan, untuk melayakkan tuan/puan menerima bonus.
- Tuan/puan disarankan mengambil pakej ini, jika setiap bulan topup melebihi RM30-RM49.
- Potensi pendapatan pasif RM146 ribu setiap bulan.

Risalah produk Basic T.A.S.K (RM29)
============================
- Mantain tambah nilai RM10 setiap bulan, untuk melayakkan tuan/puan menerima bonus.
- Tuan/puan disarankan mengambil pakej ini, jika setiap bulan topup melebihi RM10-RM29.
- Potensi pendapatan pasif RM48 ribu setiap bulan.

PENDAFTARAN SECARA ONLINE


PERINGATAN : Jika tuan/puan ingin kekalkan no lama, sila beritahu pihak kami terlebih dahulu untuk kami bantu tuan/puan bagaimana cara-cara untuk kekalkan no lama. Saranan kami adalah lebih baik kekalkan no lama.

22 Januari, 2017

6 TIPS BELI RUMAH DENGAN MODAL MINIMA.

Saya selalu pesan. Walaupun sekarang ni anda belum teringin nak beli rumah, Tabung Rumah tetap kena ada. Sebab bila tiba-tiba datang seru, modal dah siap sedia. Boleh angkat rumah sebijik terus.

Tapi malangnya, tak ramai yang peduli pun. Lebih baik melancong setahun 4 kali, pakai kereta mahal, tukar sportrim sebesar alam, modify kereta Wira jadi macam Lancer takpun Myvi tayar terkangkang.

Jadi, kalau sekarang datang kat anda rasa nak beli rumah tapi modal tak banyak, boleh baca 6 tips saya ni. Sangat sesuai untuk anak muda. Biasalah, anak muda, duit simpanan pun sendu belaka. - HF









SHARE tanpa was-was.
LIKE selaju kilat.

Kredit fb dot com / harithfaisal
LIHATLAH RUMAH TEMPAT MEREKA BERTEDUH

Pagi ini projek sedekah jariah rakan fb saya berziarah satu keluarga daif di 45 Pekan Lama,Kuala Ketil,Kedah.Suami bernama Mohd Sofi Zakaria,bekerja sbg tukang kebun di SMK Tanjung Puteri,Kuala Ketil,manakala isteri Siti Zaleha Abdullah,seorang oku yg kudung kedua kakinya sejak lahir.Mereka mempunyai 1 orang anak sendiri dan 2 lagi anak tiri yg yatim.Kesemuanya bersekolah rendah.

Tinggal dirumah sewa yg sangat teruk(lihat gambar) keadaannya dan tidak sesuai dikatakan rumah.Dalam rumah tersangat daif.Mereka tidak mendapat bantuan apa pun baik zakat atau Kebajikan.Projek sedekah jariah menawarkan untuk membaiki rumah,tetapi tuan rumah tidak benarkan rumah dibaiki menurut kata Sofi dan isterinya.Akhirnya kami menyerah wang tunai RM300 kerana katanya barangan keperluan masih ada kerana ada seorang insan hantar barang kelmarin.

Projek sedekah jariah merayu kpd anda yg ada kuasa dan berkuasa, bantulah hamba Allah ini mencari rumah baru,membantu keadaan hidup mereka.Jika tidak silap saya kawasan ini adalah kawasan parlimen Baling yg khabarnya sangat hebat membantu bencana luar negeri, takkanlah tak nampak hamba Allah ini.Jangan jadi kera dihutan disusui,anak dipangkuan diletakkan,dagang lalu ditanakkan,anak pulang kelaparan.Apakah kerana membantu orang Kuala Ketil tidak se gah membantu bencana diluar,tidak terpapar didada akhbar,maka dibiarlah melarat hidup mereka ,mungkin hari mengundi lambat lagi.Ziarahilah keluarga ini utk membantu apa yg boleh.Tel Zaleha
0134408439.

Terima kasih kpd penyumbang ke projek sedekah jariah ini,anda telah bersama membantu keluarga ini.

21 Januari, 2017

1.Jiran saya pun kena penyakit kayap tu, saya bagi tau kat dia daun sireh di kunyah dan mak dia semburkan ditempat yg terkena kayap tu Alhamdulillah sembuh dgn izin Allah Cuba trai ya sis.


2.Try larh gune tepung ubi ngan garam then sapu. . Kwn pnh kena kayap ular alhamdulilah okay .. Ape2 pown bwk pi klinik dulu
3. Suami sy pernah kena, suami sy kata cari janda kawin bujang lepas tu, sruh janda tu kunyah kelapa dengan gula merah, selawat 3kali, sembur pada tempat kayap tu, pastu tepek² di kwsan kayap tu.. insyaallah.. wallahualam
Cikgu bukan org gaji . cikgu pun nak ada masa dgn suami dan ank2..cukuplah hanya di sekolah nak kena entertain ank2 kita yg 40 org 40 ragam 40 tabiat. tu bru 1 kelas.

Kt rumah pun dia kena entertain parent dlm wassup grup 80 org mak bapak..soalan nonsense2 bg kt ckgu. Semua ckgu mata pelajaran nk di suruh masuk dlm grup wassup untuk update homework apa yg ada hari tu ,katanya tugas cikgu.

Suruh ingatkan anak mnum air masak byk2 katenya tugas guru. Tupperware hlg pun suh ckgu cari. Kopiah tertukar pun suruh cikgu cari.semua tu tugas cikgu .banyak nau tugas ckgu. Tak kira ot pulak tu.

Ni nak tanya..
Tugas parent ape ye???????

Jangan jadi diva.

Ceklah buku ank satu satu ade homework ke tk de.. Kalu ko tnye dia mmg tk de memanjang pun nk slh kan ckgu ke .tulisan ank ko tk blh baca pun nk salahkan cikgu ke. Npe tk salah kan tok batin ke ketua kg ke.. Jkkk flat seri wangi ke mark juberg ke . yg ade ank alert mmg rezeki dia tk yah suruh trus buat. Yg ank kene ketuk bru jalan tu mak ayah kene lah gigih .jgn dok tuding kt ckgu je.

Mami marah ni. berombak2 dah dada thn geram.

Kata kunci: Mak bapak diva insya allah ank pun diva .tak caye? Trylah jdi diva.

Eh kejap. Mami bukan cikgu.

Ingat ye... Nak ilmu ank2 berkat..berjaya dunia akhirat. Doa guru tu perlu..

Ajar anak independence boleh tak? Boleh ke boleh??

Lempang nak??
7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.

Anda sedang merancang berbulan madu atau melancong keluar negara?
Disini terdapat tips untuk anda membeli tiket penerbangan yang murah dan berbaloi.
Ada boleh memcubanya sekarang mengikut gambar yang disediakan.
Kredit: Cuti-cuti Original Malaysia






Kerang air asam Ala Thai... mmg pergggghhhh sangat2.. rugi kalau peminat kerang tak cuba resepi ni.. saya pun jatuh hati sudah berkali2 dgn keenakannya... ❤️️❤️️❤️️❤️️❤️️

Kerang Air Asam (Pedas Manis)

1kg kerang - bersihkan cengkerangnya hingga betul2 bersih..rebus sampai masak..kemudian buang separuh kulit kerang..tinggalkan separuh bersama isinya

5 ulas bawang putih
6-7 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing2)
1 1/2 keping kecil gula kabung
1 sudu kecil pes asam jawa adabi - di kacau dgn 2 sudu besar air panas (kemasaman ikut citarasa anda juga ye..)
1 sudu kecil garam halus
2 biji limau nipis -,dipotong (perah & kulit digaul sekali nanti utk dapatkan aroma citrus)
1 biji tomato - dipotong mengikut citarasa anda

Cara2:

Ikut step by step mcm dalam gambar ye
Tumbuk semua bahan-bahan yang disediakan.




Pemilik resepi : sis Adnilsam Apat