RESEPI JAPANESE SPONGE CHEESE PASTI SEDAP

BLogTips
0
Bahan-bahan :
70gram butter
70gram gula
70gram tepung gandum (diayak dahulu)
200ml susu segar
4biji telur (asingkan telur putih dan kuning)
5 keping slice cheese
Beberapa titis esen vanila

Cara membuat :
1) carikkan slice cheese kecil-kecil dan kemudian campurkan bersama susu segar
2) kemudian masukkan slice cheese bersama susu segar kedalam periuk, gunakan api perlahan dan kacau sehingga slice cheese tersebut cair.
3) kemudian masukkan butter dan kacau lagi sehingga betul2 larut.
4) tutup api dan biarkan sebentar
5) pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (bertanduk)
6) masuk kuning telur kedalam bekas lain dan pukul kuning telur tersebut sehingga kembang
7) kemudian masukkan kuning telur tersebut kedalam adunan cheese tadi, kacau sehingga betul2 larut.
8) kemudian msukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau..pastikan adunan tidak berketul,
9) setelah semua betul2 larut dan x berketul baru masukkan meringue sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi.
10) akhir sekali baru letak esen vanila

Cara bakar
1) sapukan keliling loyang dengan mentega, bawahnya letak kertas minyak.. Gunting ikut bentuk bekas tersebut
2) panaskan air untuk letakkan di bawah loyang tersebut
3) bakar dalam suhu 170darjah selama 20minit kemudian turunkan suhu kepada 140 selama 40minit.. (ikut oven masing-masing)

Ramai yang tanya boleh kukus tak?

Jawapan dia boleh. Tapi jangan harapkan rasa dan texture yang sama macam bakar. Jangan harap nak gebu macam ni. Hahahaaa. Tak sedap macam bakar ni jangan marah!! 😜

sumber dari : Pn Qalisya Lisya Illa
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)