12 November, 2016

George Modelski di dalam bukunya Long Cycles of World Politics, menerangkan mengenai teori kekuasaan selama 100 tahun. AS, dilihat telah menghampiri tanda-tanda ‘deconcentration of dominance’ .

China dijangka akan menjadi kuasa dunia yang baru. Tetapi bagaimana corak pentadbiran dunia yang baru ini?

Pada kurun ke 16, kuasa dunia adalah pada tangan Portugal, pencabarnya adalah Sepanyol. Perang dunia berlaku sekitar 1494-1516 dan Portugal pada ketika itu berpakat dengan Belanda.

Kemudian kurun ke 17 Belanda memegang tampuk pemerintahan dunia, diikuti oleh Britain selama 2 kurun, sebelum diganti oleh AS.

"In Modelski’s history, the next world leader has not been the challenger, but has been one of the countries in the coalition brought together by the world leader to fight the challenger. The case of the United States and Great Britain is a clear illustration of this process. Great Britain’s role as world leader was challenged by Germany resulting in the two world wars."

Beberapa bacaan senario yang boleh kita gambarkan dalam fasa sekarang.

1) Akan berlaku kucar-kacir dalam pertembungan politik dalaman AS sendiri. Hal ini boleh dilihat dalam dasar-dasar Trump yang dilihat sangat rasis.

2) Kredibiliti AS akan jatuh di mata dunia. Negara yang mendapat perlindungan daripada AS akan bertukar arah, seperti apa yang dilakukan oleh Filipina.

3) Perbezaan paling besar di antara Trump dan Clinton adalah berkenaan polisi luar negara AS bersama NATO.

4) Trump bersikap skeptikal tentang peranan NATO pada hari ini dan dia merasakan bahawa AS telah mengeluarkan belanjawan yang lebih banyak daripada manfaat yang diperoleh daripada persekutuan tersebut. Menekankan keganasan sebagai isu kritikal hari ini, Trump mendakwa NATO tidak berperanan dalam menghalang aktiviti yang berpotensi membawa kepada isu keganasan.

5) Berbeza dengan sikap Obama terhadap Presiden Vladimir Putin, Trump berasakan bahawa menjalinkan hubungan bersama Presiden Russia penting demi manfaat AS dan ini disambut baik oleh Presiden Putin. Adakah ini tanda kepada kebangkitan ‘orang kulit putih?’ yang lebih nasionalis?

6) Jika diteliti pada dasar Trump dalam isu Laut China Selatan, Trump kelihatan, akan menghantar kapal-kapal dalam skala yang banyak di sana. Ini memungkinkan peluang tercetusnya konflik di Llaut China Selatan berlaku pada skala yang tinggi. Adakah perang dunia yang seterusnya akan berlaku di rantau Asia Tenggara? Satu sanggahan kasar dan agak simplistik. Apakah bentuk konflik yang akan berlaku? Perlu diperhalusi. Dalam hal ini Rand telah mengeluarkan satu report yang bertajuk “War with China: Thinking Through the Unthinkable”. Matlamat utama AS adalah mengelakkan konflik.

7) Geoff wade seorang Profesor di Australian National University dan juga penasihat kepada tentera Australia dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘China’s six wars in the next 50 years’ mengatakan China telah membuat beberapa projeksi mengenai perancangan perang yang mereka bakal ambil melalui propaganda yang telah disebarkan dalam satu akhbar China, Zhongguo Xinweshe bertajuk, “Mendedahkan 6 perang yang China perlu hadapi dalam masa 50 tahun ini”

Enam perang yang dimaksudkan itu adalah.

1) The war to unify Taiwan (2020–2025)
2) The war to recover the various islands of the South China Sea (2025–2030)
3) The war to recover southern Tibet (2035–2040)
4) The war to recover Diaoyutai and the Ryukyus (2040–2045)
5) The war to unify Outer Mongolia (2045–2050)
6) The war to recover the territory seized by Russia (2055–2060)

Walaupun propaganda ini agak melampau, tetapi dari sudut ekonomi China telah memulakan langkah dengan strategi OBOR (One Belt One Road) mereka di serata dunia.

Dengan kekalutan yang berlaku dalam politik AS, maka China akan mengisi kekosongan ini dan mengambil kesempatan, atas kelemahan politik dalaman AS untuk mendominasi pentas dunia sebagai kuasa dunia yang seterusnya.

Keadaan di Timur Tengah dilihat akan menjadi lebih rumit. Dalam hal melawan Islamic State (IS) yang dipropagandakan oleh Barat, kedua-dua Donald Trump dan Hillary Clinton mempunyai polisi yang sama dan tidak berubah.

Hal ini dapat dilihat apabila kedua-duanya mengkehendakkan agar pakatan Barat dan dunia Arab melawan IS, menjadikan supaya wujud kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kapal terbang di Syria, meningkatkan serangan udara ke atas negara tersebut dan menambahkan tentera AS di Syria.

Kesimpulan

Kemenangan Trump membawa kepada corak baru kepada pentadbiran politik dunia. Pemilihan ini memberi gambaran akan keadaan politik dalaman AS yang semakin lemah. China akan mengambil kesempatan atas kelemahan ini dan meneruskan projek-projek mereka untuk memegang hegemoni dunia.

Asyraf Farique, Fatin Nadhirah & Aiman Faudzi
Penganalisis IRIS Institute
1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.

2. Sujud Syukur

Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.

3. Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).

4. Ister bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah

Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.

Semoga 4 perkara sunat ini dibuat ye selepas majlis akad nanti. Jangan lupa share kepada pasangan dan rakan-rakan. :)
Kejadian benar yang berlaku malam tadi , 9 Nov 2016 , Rabu jam 8.45 malam di Petrol Station di Kajang ,

Semasa kejadian aku baru je masuk tandas tu. Dalam hati dah rasa macam tak sedap ati la.tp ditruskan juga. Siap minta ampun ngan suami kl tiba2 ayang tak sempat jumpa abang ayg minta ampun ya..Tak tau kenapa terlintas nk cakap macam tu kat suami.Suami ckp apala ckp macam tu..biasala suami kita x suke kita merepek meraban.pikir yg bukan2.

Sambil duduk tu kepala asyik dongak je kat ats2 sambil dalam hati berdoa minta dijauhkan benda yg bukan2. Mungkin Allah dah gerakkan hati aku u terdetik perasaan macam tu padahal biasa2 ak xd la aware sgt kl g toilet sorang2 kt mana2 petrol station.

Tiba2 ada muka seorang lelaki terjongol kat ats dr toilet sebelah sedang mengintai aku........!!!!!
Aku menjerit sekuat hati memangggil tolong2 tolong2 tolong2...papa papa..siap panggil nama suami Loqman Loqman banyak kali.
Tapi takde siapa yg menyahut panggilan aku. Aku jerit lagi sekuat hati tolong tolong ada orang intai tolong tp langsung xd yg dgr.masa tu aku sgt takut lelaki tu tunggu ak kat luar toilet sambil pegang pisau ke apa2 la nk kenakan aku..ak jerit lagi sampai badan rasa lemah sgt2.menangis ketakutan.

Dikuatkn hati u kluar dr toilet tu, kmudian ada sorang perempuan kluar dr toilet sebelah satu lg tanya kenapa menjerit.ada apa berlaku???? Rupanya dia dh dgr ak jerit tp dia x menyahut.ak pn xtaula knpa dia xsay something ms ak jerit tu.at least ya kenapa kenapa..Msa ak kluar tu rupanya laki tu dh keluar dr toilet lpas dgr ak jerit.

Bila kluar tgk line clear dh xd org trus meluru pergi kat kete nangis2 kat suami kata ada org intai. Dia dengan hati yg sangat nak maraaaah pergi ke arah toilet tu blk nk cek masih ad ke x laki giler tu, bl tgk xd dia trus masuk dlm petrol station buat report n mintak nk tgk cctv.

Inilah hasilnya..Mmg btul2 jahatla..eiiiii geram rasa.tergamak n berani buat benda mcm tu di tempat awam. Tp alhamdulillah la Allah selamatkan aku lagi..Syukur ya Allah.

04 November, 2016

Bahan-bahan :
70gram butter
70gram gula
70gram tepung gandum (diayak dahulu)
200ml susu segar
4biji telur (asingkan telur putih dan kuning)
5 keping slice cheese
Beberapa titis esen vanila

Cara membuat :
1) carikkan slice cheese kecil-kecil dan kemudian campurkan bersama susu segar
2) kemudian masukkan slice cheese bersama susu segar kedalam periuk, gunakan api perlahan dan kacau sehingga slice cheese tersebut cair.
3) kemudian masukkan butter dan kacau lagi sehingga betul2 larut.
4) tutup api dan biarkan sebentar
5) pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (bertanduk)
6) masuk kuning telur kedalam bekas lain dan pukul kuning telur tersebut sehingga kembang
7) kemudian masukkan kuning telur tersebut kedalam adunan cheese tadi, kacau sehingga betul2 larut.
8) kemudian msukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau..pastikan adunan tidak berketul,
9) setelah semua betul2 larut dan x berketul baru masukkan meringue sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi.
10) akhir sekali baru letak esen vanila

Cara bakar
1) sapukan keliling loyang dengan mentega, bawahnya letak kertas minyak.. Gunting ikut bentuk bekas tersebut
2) panaskan air untuk letakkan di bawah loyang tersebut
3) bakar dalam suhu 170darjah selama 20minit kemudian turunkan suhu kepada 140 selama 40minit.. (ikut oven masing-masing)

Ramai yang tanya boleh kukus tak?

Jawapan dia boleh. Tapi jangan harapkan rasa dan texture yang sama macam bakar. Jangan harap nak gebu macam ni. Hahahaaa. Tak sedap macam bakar ni jangan marah!! 😜

sumber dari : Pn Qalisya Lisya Illa
Salam Jumaat yg barakah semua.. suasana tempat Coach ni hujan renyai2, mmg tersangat sedap nya lah dpt makan ubi keledek rebus gini! BAYANGGKANN.. dah terliur terus kan..

ni Coach nak share tentang ubi jepun. Sapa suka makan ubi jepun?
Angkat tangan! 🙌

Coach belajar jika nak kurus elak makan banyak makanan yang diproses seperti biskut, keropok2, makanan dalam tin, makanan dibungkus dari kilang dan sekumpulannya.

Coach belajar jika nak kurus makan lebih banyak yg natural. Tapi makan ikut komposisi yg betul ikut tahap metabolisma masing2. ( nak tahu tahap metabolisma masing2 boleh cari penimbang TANITA yg boleh baca tahap metabolisma ). Dalam Program #misikurus21hari online Coach ajar semua tu juga..

So banyak sangat makanan yg natural dari alam yg kita boleh ganti sebagai makanan kita seharian jika nak kurus. Coach belajar juga kata nak kurus tidak boleh berlapar.

Coach nak cerita sikit tentang ubi jepun.
Dulu coach jejalan di Jepun, susah nak tengok orang yang obese kerana purata BMI mereka adala 21 - 22 sahaja! Dan ini adalah salah satu pemakanan mereka - menggantikan nasi. So, apa yang sis boleh buat untuk menurunkan berat badan gantikan lunch uolss dengan ubi ini.

KEBAIKAN UBI JEPUN

👉 Kalori rendah,Nutrisi & Fiber yang tinggi - mengenyangkan dan bagus utk menu diet sis.

👉 Anti-oxidant tinggi - mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

👉 Anti-kanser - Warna purple pada keledek ini baik untuk mencegah kanser terutamanya kanser kolon.

👉 Menurunkan kolestrol (LDL)

👉 Menstabilkan gula dlm darah ( boleh diambil oleh pesakit diabetes)

CARA NAK MASAK.
uolss boleh rebus,kukus atau bakar sahaja. Jgn nak tambah gula garam plak ekk. Natural sahaja pun dan manis.

Tapi kalau uols kreatif nak buat keledek goreng, cekodok ubi, goreng2 makan cecah dengan sambal kicap pun sedap..hihi... tapi, maaf la ye.. Nutrisinya dah jadi lain pulak!

Bukan utk buang lemak, tambah lagi lemak ada la gamaknya..

So tunggu apa lagi. Start kereta gi pasar beli simpan stok diumah 😁

Kredit fb/coachanuar
Allahu...
Bismillahirahmanirrahim...

Dengan hati yg amat berat dan sedih saya merayu, memohon kepada sesapa jua yg ade terjumpa, terlihat, ternampak anak saya ini bernama Noor Ayrill Aqasha berumur 10 tahun.

Tempat dan tarikh terakhir dilihat ialah di Jalan Jejaka 9 Taman Maluri Cheras pada hari Isnin 31 Oct 2016 sila hubungi atau bawa dia ke balai polis terdekat atau bole juga hubungi saya 018-779 4879 ibunya...

Mohon sangat2 jasa baik semua sahabat2 untuk viralkan gambar anak saya beserta keterangan ini. Untuk makluman laporan polis telah dibuat di IPD Cheras pada 3 Nov 2016 oleh bapanya...

Di mana jua dia berada saya doakan semoga dalam lindungan Allah sentiasa... Mohon sangat2 kerjasama semua andai tidak dapat membantu cukuplah supaya mendoakan yg baik2 untuk dirinya dan agar dia kembali ke pangkuan kami segera...

terima kasih...
Salam.
Peringatan Untuk kawan-kawan.

Awal tahun saya ada beli emas di Seksyen 23, Shah Alam. Baru2 ni, sy perlukan duit, nak gadai balik emas baru saya tau rupenya gelang tangan ni hanya disalut emas, BUKAN EMAS sebenar!! Saya ke kedai pajak, katanya hanya titanium yg bersalut emas. Bila sy pergi balik kedai emas tu, mereka kata itu bukan emas yg dibeli di kedai mereka. Sy telah pun buat report polis. Sakit sungguh ati! Semoga Tuhan saja membalas "budi" mu.