RESEPI CHEESE KEK COKLAT BROWNIES

BLogTips
0
Buat penggemar cheese dan coklat, ini adalah resepi yang harus anda cuba.. Brownies ni sedap kalau dimakan sejuk! Memang sangat best! Jom cuba!

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 35 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang
Bahan-Bahan:

Bahan untuk adunan brownies:
115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
150g (3/4 cawan) gula perang
2 biji telur
50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
1 biji telur
225g (1 cawan) cream cheese
50g (1/4 cawan) gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:
1.Cara-cara untuk adunan cheesecake:

Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
Pukul sehingga lembut dan berkrim.

2.Cara-cara untuk membuat brownies:

- Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
- Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
- Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
- Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
- Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
- Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan.
- Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
- Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
- Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.

Tips:
Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.

Selamat mencuba!

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)