TEGURAN TIMBALAN ULAMA SEDUNIA TERHADAP DEBAT MUFTI PERLIS DAN ZAMIHAN

BLogTips
0

TEGURAN TGH HADI UNTUK DR ASRI & ZAMIHAN

Debat MAZA VS Zamihan
Ini nasihat daripada Presiden PAS
"Setiap pihak perlu mengetahui terlebih dahulu tujuan penganjuran debat yang bakal diadakan pada Rabu Depan bagi menggelakkan berlakunya salah faham.
Jika dalam sesi berkenaan setiap pihak hanya berdebat untuk mencari kemenangan, ia merupakan satu tindakan yang sia-sia memandangkan tiada istilah berkenaan dalam isu keagamaan.

“Kalau sekadar semata-mata nak nyatakan pendapat, tak perlu debat. Benda Khilaf ini takkan selesai kerana melalui debat mereka hanya nyatakan pandangan masing-masing."Isu yang sedang ditangani oleh TGHH bagi menyatukan umat islam daripada peringkat jkkk (belahan negeri kecil) sehinggalah dunia (blok-blok benua).

Kita sesama orang islam perlu merendah diri dengan orang islam. Kemudian perlu tegas dan berani dengan orang kafir. Orang islam perlu merendah diri sesama orang islam walaupun berbeza pendapat dan masing-masing perlu bersabar.

Dengan orang kafir, orang islam perlu berani menentang. Imam Assyafie, ketika solat di iraq, beliau tidak membaca qunut & tidak sujud sahwi dalam solatnya bg menghormati imam ahmad bin hanbal.
Orang islam sekarang sibuk berbalah dengan wahabi vs sunni vs syiah. Sedangkan perbalahan inilah yang membuka ruang kepada orang kafir untuk menghancurkan orang islam daripada dalam kerana mereka tak nak orang islam bersatu.

Islam pasti dan akan kuat apabila berlaku kesatuan ummah.

Kuliah Dhuha,
Tuan Guru Presiden PAS,
Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
[26 Rabiul akhir 1437H | 5 Feb 2016]

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)