RESEPI SOTONG SUMBAT MADU

BLogTips
0

SOTONG SUMBAT MADU

BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong | dibersihkan
2 helai daun kunyit | dimayang
100 gm isi ikan tenggiri | dikisar
5 tangkai cili padi | dikisar
20 gm kunyit hidup | dikisar
2 batang serai | dikisar
2 biji bawang merah | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
40 gm tepung jagung
1 biji putih telur
1 gm garam
1 sudu teh serbuk kunyit

CARA MEMASAK:
1. Semua bahan yang dikisar tadi disatukan di dalam bekas adunan.
2. Masukkan daun kunyit yang dimayang, garam, tepung jagung dan putih telur. Kacau sebati.
3. Kemudian sumbatkan ke dalam sotong tadi.
4. Rebus sotong yang disumbat tadi selama empat minit.
5. Apabila sudah sejuk, gaulkan serbuk kunyit dan sedikit madu.
6. Panggang sotong sehingga masak dan hidangkan bersama sos dan campuran madu.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)