KESILAPAN BIASA IBU BAPA MENDIDIK ANAK

BLogTips
0

(Didik anak ikut nafsu atau ikut cara Nabi?)

Selalu marah-marah dan geraaaam sangat bila anak buat perangai!

Terus memori terbang saat anakanda no 1 berumur 3 tahun.

Masa itu saya baru bersalin anakanda no 2.

Tambah lagi dengan karenah anak kecil sedang membesar.

Dugaan dia, cengginiha!

Ada satu hari, anakanda no 1 datang pada saya merengek-rengek bercakap benda yang saya sendiri tak faham. Biasalah, bahasa belum sepenuhnya lancar.

Apabila dia tak dapat apa yang dia mahu, mula dia buat perangai untuk tarik perhatian dia.

Masa tu pulak saya sibuk dengan hal kerja yang tak pernah habis lah kononya.
Pujuk dia tak kena, bagi itu tak mahu, ajak baca buku dan main pun tak layan.

Sampai satu peringkat, tenaga dah berkurang, sabar makin hilang, maka terlepaslah nafsu amarah pada anak kecil yang belum sepenuhnya memahami kenapa ibunya marah.

Menangislah dia keseorangan membawa diri ke depan TV.

Sebaik ayahnya pulang dari kerja, maka terlenalah dia dalam kesedihan.
Dalam pada ketika saya tidak boleh terlena pada malam itu akibat mengenangkan peristiwa siang tadi, saya teringat dan dapat ilham.

Rupa-rupanya anakanda no 1 minta tidur siang bersama ibunya. Saya yang tidak memahami bahasanya itu kerana fokus kepada perkara lain ketika itu.
Allah, memang mengalir air mata saya setiap kali terkenang masa-masa tu.
----








Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)