31 Januari, 2016


Saya dengar khabar duit BRIM sudah masuk dalam 2 3 hari ini dan ramai juga yang sudah dapat duit tersebut sebanyak RM350...Apa yang saya dengar ramai penerima BRIM mengeluh kerana jumlah yang diterima tidak berbaloi dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat hari ini...Mereka tidak tahu nak belanja apa dengan jumlah duit tersebut kerana semua barang mahal-mahal belaka dan jumlah duit tersebut tidak mampu untuk mereka berbelanja membeli barang keperluan...Cuba kita fikir duit sebanyak RM350 apa yang mampu kita beli sedangkan harga handphone paling bodoh jenama Samsung Galaxy pun harga lebih RM800 itu belum I Phone 6 yang harga ribu-ribu..Pemberian BRIM oleh Najib ini nampaknya tidak begitu ikhlas kerana dia tidak tahu apa yang rakyat mahu sebenarnya...Jadi untuk menyelesaikan masalah ini harap semua penerima BRIM bolehlah menderma duit tersebut kepada PKR sebagaimana yang dicadang oleh saudara YB Rafizi Ramli kerana duit dari derma BRIM tersebut kami tahulah macam mana hendak digunakan nanti...Mungkin duit dari derma BRIM anda itu kami akan gunakan untuk lawan kezaliman kerajaan UMNO/BN hari ini..Oleh itu sesiapa yang ingin menderma duit BRIM yang diterima bolehlah salurkan ke dalam akaun PKR seperti nombor tertera dibawah dengan niat "Sahaja aku derma duit BRIM sebanyak RM350 kepada PKR kerana untuk lawan balik kerajaan UMNO/BN'...Terima kasih diucapkan kepada yang sudah menderma duit BRIM tersebut kepada PKR...Lawan Tetap Lawan...REFORMASI !!!! #BebaskanAnwar #Pray4Anwar #AnwarBakalCalonNobelKeamanan #UndurNajibGantiAnwar #SayaBekasHakimNegara
c/p

24 Januari, 2016


Maafkan saya bro...

Petang tadi masa aku gi jemput anak . Sampai satu tempat tu tenampak le satu keta benti kat tepi jalan. Bonet depan tebukak. Keta gosak le ni(ati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sowang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam keta aku pasan ada gak penumpangnya. Mandangkan tempat tu ok,aku benti le.

Masa jalan ke keta tu,aku nampak dalam keta tu dua pompuan dewasa,sowang budak kecik dan sowang budak lelaki. Mungkin sekuaga le ni...

"Asalamualaikum bro. Pehal ni?" Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik,tetiba mati katanya sambil pegang spana idup. "boleh saya tengok?" Aku tanya dia. "Bro pomen ke?" Dia tanya aku balik."tak ahh...tapi saya penah kena cani dulu" aku bagitau dia. "Takpe la bro,gase saya boleh setel ni". "Oo...ok la kalu cantu" kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku denga sore pompuan..."masuk ni dah 2-3 orang nak nolong,awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni!!".

Aku pun pusing balik kat dia. Aku soh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang tade minyak. Aku mintak spana idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je...Dalam hati cakap,takkan le sampai minyak kering cani. Setau aku,kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.

Aku mintak masuk keta dia,on kunci dan tengok meter minyak- tak naik langsung!! Meter tu gosak katanya.

Tapi aku perasan,riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak. Tapi lepas bini dia membebel keta buruk la,tak beguna la,apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Masa dalam keta tu,aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je...sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam,beli air soya dua kotak besar,2 bantal roti bun(ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk minyak.

Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar,tapi aku cakap kang la, macam la begatus...

Mungkin tegase nyusahkan aku,dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je la...dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah...aku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.

Aku pun benti le...tetiba..."bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro". "Apsal?" Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.
"Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak gosak pun bro. Keta saya tu memang habis minyak." Aku tak dapat cakap apa dah..."Saya memang tade duit nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah,tapii..." Aku masih diam..."duit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro..." Aku bagitau dia,pasal duit tu. Takpe...aku halalkan.

Dia sambung lagi. "Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro...dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diowang cuma tanya,tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah...Allah hantar bro untuk saya."

Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh... Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le...Tapi dia tetap begiye ucap tima kasih kat aku. Lantak le hei...

Lepas tu dia pandang anaknya.
"Abang,maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?" Anaknya angguk kepala.

"Lagi satu,abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu sebab kesian kat abang,kakak dan adik. Ibu tu tanak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu,malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye." Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beganak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua keta...Sumpah...Demi Allah,aku pun nanges sama...

Sambil lap lap air mata,aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup,aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. "Jangan bro,saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya...saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni." Dia mintak nombo tipun aku.Ndak tak ndak aku bagi...

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk...aku pesan sikit kat dia. "Nak,belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat...Besok kalu dah bejaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah tu sentase sehat dan tabah". Sambil aku selitkan duit yang babahnya tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Allahu Akbar...sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku...

Ya Allah. Dalam aku sentase mengeluh dan mengenang kesusahan,Kau sedarkan aku yang selama ni sentase lupa bahawa ada owang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk betakbur riak,sekadar buat renungan dan peringatan betapa besyukurnya hidup kita.

#PeringatanDiaUntukAkuYangKaliKeberapaNtah

22 Januari, 2016


Resipi jus sihat yang mempunyai pelbagai manfaat. Yang bestnya boleh buat sendiri jak di rumah. Moga bermanfaat, jommm kita buat jus :D

Luv,
Editor Jom Sihat Bah Kita

Koleksi Resepi Nenek

#PengedarShaklee




Artikel TERBAHARU dari blog chedet, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, 20 Januari 2016.

TPP

1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah membuat kenyataan bahawa selama dua tahun diperlukan bagi meminda 26 undang-undang agar bertepatan dengan keperluan TPP.

2. Ini pengakuan jelas bahawa TPP menghadkan kebebasan Malaysia untuk membuat undang-undang yg dianggap perlu untuk negara. Nampaknya undang-undang ini diluluskan oleh parlimen Malaysia kerana mereka menganggap perlu dan baik untuk negara. Tetapi sekarang mereka perlu meminda kerana TPP nampaknya lebih berkuasa dari parlimen yg dipilih dalam menentukan jenis undang-undang yg Malaysia perlu ada.

3. Dengan peluang yang sama undang-undang masa hadapan perlu dibahaskan di parlimen hendaklah menepati atau memenuhi peraturan yang ada di dalam TPP. Undang-undang yg menjaga hak dan bersesuaian dgn keperluan Malaysia masih tidak mencukupi. Keperluan terhadap TPP bakal melebihi dari keperluan Malaysia.

4. Malaysia bukanlah seperti ahli-ahli TPP yg lain. Kita punyai banyak sensitiviti kerana kepelbagaian bangsa, jurang ekonomi, kadar kemiskinan dan tahap pendapatan yang rendah. Untuk memperbetulkan masalah ekonomi, politik dan sosial, polisi dan undang-undang mestilah diadakan. Ini bertujuan untuk mengatasi masalah dalaman kita. Tetapi semua ini tidak mencukupi. Sekiranya ini tidak mematuhi syarat-syarat TPP, mungkin ia tidak diluluskan oleh Parlimen. Sebahagian daripada hak kebebasan kita akan terhakis. Keperluan untuk meminda 26 undang-undang sedia ada membawa kesan seperti di atas.

5. Apabila ada yang menentang TPP atau dikenali sebagai perjanjian perdagangan bebas mendakwa bahawa ianya bakal menggugat kedaulatan negara dan kebebasan untuk kepentingan diri sendiri, mereka dianggap sebagai beremosi. Tetapi sekarang sudah terang lagi bahawa TPP menghalang perjalanan hak perundangan, kebebasan asasi negara yang berdaulat.

6. Bapa-bapa pengasas negara kita telah bekerja keras untuk mencapai kemerdekaan; supaya kita dapat menguasai hal ehwal dan nasib diri sendiri dan sekarang pula kita mahu melepaskan hak dan kebebasan sedia ada demi tunduk dan patuh terhadap telunjuk TPPA.

7. Saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa parlimen pak turut akan meluluskan TPP. Itulah bukti bahawa kita sedang bersiap sedia untuk menyerahkan diri kepada kuasa luar dan menyerahkan panji Merdeka yang telah diusahakan dengan susah payah oleh pemimpin terdahulu.

8. Benarlah wang itu raja.

http://chedet.cc/?p=1970

Iktibar buat semua wanita khususnya , juga peringatan buat saya .

Benda ni berlaku semalam kat jalan nak ke stulang .. nasib baik abah drive turun bukit tu xlaju ( mmg slalu nye abah bawak xlaju )
, tibe2 kitorang tgok depan mata 2 motor excident . abah pun berhenti kan kreta ke bahu jalan .. 1 motor 2 budak perempuan ni yg bawak , 1 motor lagi 1 budak lelaki berumur dlm lingkungan 20 an ..

masa abah ngn aku nak turun dari kereta , nampak lah budak lelaki tu kelam kabut start motor terus pecut moto laju .. kitorang jadi pelik lah , nape budak tu trus pergi mcm tu .. yg salah sorang budak perempuan tu pon jerit , dia nak ragut kitorang pakcik . memang xsempat lah nak kejar , sbab dia da jalan dah .. Tapi nasib baik masa dia nak ragut beg perempuan tu dlm bakul motor xlepas .. sebab perempuan tu tarik balik beg dia .. Dan sebab tu jugak , dua dua motor tu jatuh . yang MALANG buat peragut tu , beg dia tertinggal kt tmpt kejadian tu . IC , sarung tgn , jam , n satu alat ape ntah , aku pon xthu ( tapi polis kata alat untuk ngisap ice ke ape ntah ) . mungkin terdesak dia nak meragut . Abah call police n dlm masa 5 minute polis smpai .. kitorang serahkan Semua brg peragut tu pd dorang ..Lepas tu satu cina ( dlm gambar baju merah , Naik BMW , flat wiLayah yg berhenti jugak time dorang excident tu ) cpt2 call ambulans .. tpi dorang lmbt smpai ..dia sndiri yg offer diri untuk hantar budak2 perempuan ni .. Aku respect cina ni sebab dari time dorang excident smpai uruskan budak2 ni kt hospital dia sttlekan . Kaya , Xkira bangsa . N ade jugak 1 lelaki cina kereta viva yg tolong halang jalan dri kenderaan lain yg turun dari bukit tu drpda terlanggar kitorang .. tpi lepas tu dia pergi sbab ade hal penting .


pengajaran buat aku n semua .. memang malang xberbau . tpi kita amik pengajaran .. beg jgn letak dlm bakul motor ..its too dangerous . And satu lagi , masa excident jam da pukul 10 pm .. pulak tu perempuan yg bawak motor . Bahaya .Jenayah ade kat mane2. Aku harap police dpt tgkap budak lelaki tu n beri pengajaran untuk dia jugak ..
Aku doakan budak2 perempuan ni cpt smbuh n lebih berhati2 in future .

Dari fb Cik Nazirah

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002518323501

1. PETRONAS is Malaysian government's biggest source of revenue / income, covering 1/3 of the annual budget for the country. I repeat 1/3.

2. The oil price has been extremely low since the past few months. It even reached below $28 per barrel last friday whilst the cost of producing oil remains high.

3. Less profit for PETRONAS means less revenue for the government.

4. Less revenue / income for the government means less budget to be spent by government for that particular year. When this happens, who'll be affected? Not only PETRONAS, but the country as a whole. That includes you and me. Each and everyone of us. All of us will be affected.

So daripada duk share speculation pasal nasib pekerja PETRONAS dan syarikat-syarikat O&G, ada baiknya kalau kita semua bantu dan gunakan produk PETRONAS. Fill your tank with PETRONAS product. Sama-sama pulihkan ekonomi PETRONAS dan negara.

I'm pretty sure it'll make a difference. I'm proud to say that I have been loyal to the brand since the moment I joined the corporation. That is after I realised how much PETRONAS has contributed the government since its incorporation in 1974.

I hope, you too, will do the same...

May the force be with you, PETRONAS, Malaysia and Malaysians.

May the force be with us all.

21 Januari, 2016


Jilake. Tengah turap jalan DBKL moto wa dgn BROTHERHOOD kena saman dgn penguatkuasa DBKL. Takpe no hal.

Memang kitorang bayar sebab kitorang nak jadi warga yg baik. Cuma apasal penguatkuasa yg lalu, nampak lobang yg lebih sebulan wa tanda lebih nampak moto salah parking? Itu jer buat wa sedih.



sumber fb lando zawawi vrus

“Mis.. Mis.. Kalau awak ni isteri saya dah lama saya peluk. Hahaha…”

Satu ayat penutup perbualan yang berjaya membunuh terus mood baikku. Aku diam. Membiarkan dia berlalu walau waktu itu aku tidak lagi senyum. Aku naik ke bilik. Merenung diri di hadapan cermin. Apa yang telah aku buat sebenarnya? Apa sebenarnya yang telah aku katakan ? Tergedikkah aku? Terkenyit matakah? Teralun suara manjakah? Tersenyum menggodakah? Tertepuk tertamparkah? Sehingga seorang lelaki ajnabi bukan mahram berani melafazkan ayat itu di hadapanku. Itu yang terlafaz, yang tersirat tak tahulah.

Betapa berdosanya aku ya Allah. Betapa berdosanya aku tidak menjaga maruah sehingga seorang lelaki gagal menundukkan pandangannya.

Pada suatu masa aku baca balik conversation lama kami. Setiap yang bincangkan, dari serius kepada yang bergurau keanakan, dari perkara penting sehinggalah sekadar bertanya khabar, dari perkara zahir sehinggalah yang sepatutnya tersembunyi. Aku teliti satu-satu setiapnya. Di situ silap aku. Silap aku yang terlalu bersikap terbuka sehingga lupa menjaga apa yang sepatutnya dijaga. Keterbukaan yang mungkin mewujudkan selangit keselesaan sehingga tiada batas, tiada jurang, tiada pemisah di antaranya.

Sedikit-sedikit aku faham layanan seseorang itu sebenarnya cuma pantulan dari layanan kita. Dia layan kita baik sebab kita layan dia baik. Dia layan kita macam sampah, sebab kita anggap dia sampah. Dia gatal sebab kita yang layan kegatalannya. Dia berani ajak couple sebab layanan kita sedikitpun tidak menunjukkan ketidak-bersetujuan. Dia berani ajak keluar berdua sebab sikap kita sedikitpun tidak menunjukkan penolakan. Dia berani genggam tangan kita sebab kita yang membalas genggamannya. Kita yang sebenarnya membuka jalan zina itu seluasnya. Kita..

Dear saudara-saudara perempuan sesyurgaku, jagalah. Jaga iman, jaga hati, jaga lidah, jaga solat, jaga aurat, jaga maruah, jaga kelakuanmu. Kerana boleh jadi jika kau tidak menjaga salah-satunya kau akan menarik empat lelaki ini ke neraka.

Ayahmu.

Suamimu.

Abang-abangmu dan,

Anak-anak lelakimu.

###

Hina nya la kje pasa malam di mata org..thanks bro..ayat mu akan ku kenang..dok dang epek ite ngan org kje dlm aircond nii..huhuhu
#alhamdulillahsetakatnirezekikumasihdipasarmalam
#jgnsmpaiallahtariksemuaapaygkaudapat





sumber

Masa harga minyak naik, Najib Razak cakap rakyat mesti bayar harga pasaran. Kini bila harga minyak jatuh, dia tukar skrip. Dia berkira-kira untuk memperkenalkan harga lantai pula untuk pastikan rakyat kekal bayar pada harga mahal dan dia boleh kutip cukai. Layak PM ini dilantaikan.

HENTIKAN SEBARANG NIAT KERAJAAN MELAKSANAKAN HARGA LANTAI PETROL UNTUK MENCUKAI RAKYAT

Saya terkejut membaca laporan Astro Awani semalam yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainuddin bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem penetapan harga petrol/diesel berasaskan harga lantai (“floor price”) memandangkan harga minyak mentah dunia terus menjunam.

Bagi mereka yang belum memahami, pengenalan harga lantai bagi petrol/diesel dalam keadaan harga minyak dunia terus menjunam bermaksud rakyat akan dicukai oleh kerajaan bagi pembelian setiap liter petrol/diesel. Mekanisme pelaksanaan adalah seperti berikut:

1. Harga lantai ditetapkan oleh kerajaan bagi setiap satu liter petrol/diesel, contohnya RM1.60 seliter bagi RON95

2. Setiap bulan, harga purata pasaran ditentukan dengan menggunakan kaedah yang sama sekarang, contohnya bagi bulan Januari 2016 harga purata pasaran telah jatuh ke paras RM1.50 seliter bagi RON95


3. Bila harga purata pasaran itu lebih rendah dari harga lantai yang ditetapkan, rakyat akan tetap membayar harga lantai iaitu RM1.60 sen seliter walaupun harga sebenarnya adalah lebih rendah.


4. Perbezaan di antara harga sebenar dan harga lantai (dalam kes ini 10 sen seliter iaitu harga lantai RM1.60 tolak harga purata pasaran RM1.50) dikutip oleh kerajaan sebagai cukai


Mengambil kira bahawa jumlah penggunaan petrol/diesel setiap tahun adalah sekitar 30 bilion liter, jika kadar cukai ialah 10 sen setiap liter seperti di atas, kerajaan sedang mencongak untuk mengutip sekurang-kurangnya RM3 bilion setiap tahun dari rakyat.

Tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang secara senyap-senyap merancang untuk menghalang rakyat dari menikmati harga minyak yang rendah adalah terkutuk dan keji. Rakyat Malaysia sekarang sudah pun tidak dapat menikmati harga rendah yang sebenar kerana faktor kejatuhan nilai matawang ringgit yang menyebabkan harga minyak kekal tinggi berbanding negara-negara lain. Jika sistem harga lantai ini dilaksanakan, rakyat Malaysia akan terus dinafikan hak untuk menikmati harga minyak yang sebenar.

Saya tahu Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang pening kepala mencari sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan kerajaannya yang boros dan membazir. Saya beri amaran supaya pelarasan Bajet 2016 yang bakal diumumkan beliau tidak sedikit pun menyentuh peruntukan rakyat atau memperkenalkan cukai tersembunyi seperti pelaksanaan sistem harga lantai begini.

Sekiranya sistem pelarasan harga lantai ini diperkenalkan juga, saya akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Harapan untuk menganjurkan demonstrasi membantah yang sudah tentu akan mendapat sokongan rakyat terbanyak.

sumber
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

WAHAI SUAMI...ADAKAH ANDA BENAR-BENAR MEMAHAMI ISTERI ANDA

►Ramai para lelaki bertanya tentang soal wanita, ini berdasarkan pemerhatian sahaja, mari fahami perempuan dan wanita.

✔ SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.Mereka sangat sensitif soal cinta, dan untuk orang yang dia sayangi.

✔ CEREWET
Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

✔ HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.

✔ IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

✔ PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

✔ PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

✔ MANJA
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

✔ EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

✔ CINTA
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.
Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

✔ SEKS
Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

✔ CEMBURU
Wanita dan cemburu tak dapat di pisahkan, mereka akan cemburu apabila orang yang dia sayang itu bercakap dengan orang lain (mungkin lebih cantik ) darinya. Bila kamu abaikan dia dan bercakap dengan orang lain dan mempedulikannya.

✔ SAYANG
Wanita ini lain sikit kalau dah sayang memang akan sayang sepenuhnya, mereka sangat menghargai lelaki yang menerima dirinya seadanya. Mereka sangat peka tentang soal perasaan ini.

Salam ..
Saya sekarang Mengandung 8 bulan setengah.. Suami saya bekerja shift malam. Dan saya pula bekerja ofis hour.

Kami jarang berjumpa sebab masa yang tak sama. Masalah saya , suami saya susah untuk dihubungi..
Ada je alasan .. Saya tahu beliau sedang bekerja ..tapi saya risau kalu satu hari saya nk bersalin macam mana lah pulak. Takkan saya nk call ambulance n gi hospital sorang2.. Byk Kali saya dah bincang dgn suami supaya make sure phone dia sentiasa on.. Skrg hubby pakai 2 phone.. Tapi semalam pun masih jadi benda yang sama.. Saya call tak dapat. Dia tertinggal phone yg ke 2 kat rumah ..
Saya betul2 hilang sabar Dan rasa macam dia tidak prihatin sehingga terjadi pergaduhan yang besar antara kami.

Saya tahu suami saya bukan ada perempuan lain cuma perangai ambik mudah dia tu mungkin meragut nyawa saya.. Adakah saya ni salah sbb terlalu emotional?

Sekarang saya da nekad kalau kebetulan saya nak bersalin, dia masih gagal dihubungi saya akan bawa diri Dan uruskan hal bersalin saya sendiri.. Dan nekad utk xnk gtau dia pun.. Saya benar2 kecewa dgn treatment yg husband saya buat pada saya dalam keadaan saya macam ni..

Bukan sekali dua benda ni jadi.. Dah dekat 10x... Saya pun tak faham la.. Tolong saya..

sumber fb rumah tangga

20 Januari, 2016


DURIAN CREPE

Bahan-bahan :

20g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung jagung
10g tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu segar@sejat
150ml air
1 sudu teh warna kuning

Cara

1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk,sebatikan dan tapis.

2.Lengserkan kuali dengan butter.

3.Ambil sesenduk dan tuang dalam kuali,rata hingga nipis.

4.Masak dengan api kecil.

5.Masak hingga crepe mengering dan x perlu di terbalikkan.

Cara Menggulung

1.Ambil sekeping crepe.

2.Letak filling.

3.Letak isi durian.

4.Gulung crepe dengan melipat kanan dan kiri.

5.Kemudian lipat bahagian atas kebawah dan bahagian bawah keatas.

FILLING

Whiping cream pukul smpai kembang...isi durian mcm biasa.asingkn isi durian dr bijinya..pastu amik kulit n letak cream, letak isi durian, letak cream balik..lipat segi empat.n letak dlm peti ais..da siap

Sedihnya,
Sampai je dekat stor,terus je nampak kau kat situ,
Hampir 5 minit aku duduk atas motor sambil melihat kau,
Dalam hati berkata "betul ke ape aku tengok ni?",
Bila aku pergi dekat.sah memang kau,
Tapi kenapa sampai teruk macam ni?,
Showcase pecah,tiang dah terbuka,canvas bumbung dah rupa macam kena campak,dapur tah ke mana,

Sedihnya,
Dulu masa sy apply lesen kat awak,
Awak tak luluskan,
Lepas tu awak datang stall & tampal notis suruh tutup perniagaan dalam masa 3 hari,
Sy terus call pejabat awak & awak kata "berniagalah,tapi lepas niaga kena clearkan stall",
Sy akur sebab sy masih ingin berniaga,
3 hari sy tolak stall sy simpan lepas niaga,
Tapi sy tak larat tolak sorang²,
Tangan sy tak kuat akibat dari kemalangan 2 tahun lepas yg menyebabkan tulang sy hancur,
Jadi sy ambil keputusan untuk call awak lagi,
Awak kata "kalau camtu,kena hati kering la bang.kalau kami datang nak sita abg bagi je.nanti boleh tuntut balik.",
Sy akur sebab sy masih ingin berniaga,

Sedihnya,
2 minggu lepas awak datang untuk sita stall sy disebabkan operasi di bangi,
Sy takde kat stall waktu tu,
Jadi awak ambil stall sy,
Sy akur sebab memang salah sy berniaga tanpa lesen dan stall tu sy letak di tempat awam,
Ni pengalaman kedua stall sy disita,
Jadi sy tak menaruh rasa curiga yg awak akan rosakkan stall sy sebab sy percaya awak akan angkat elok-elok,
Sebelum ni pon elok je awak angkat kan?,

Sedihnya,
Semalam sy pergi ke pejabat awak untuk bayar kompaun & kos sita TANPA sy dapat melihat stall sy dulu,
Sebab lagipun sy tau awak akan jaga stall sy tu elok-elok,
Dah settle semua,sy pon pergi ke stor & tengok keadaan macam ni,
Siapa yg tak sedih?,
Sy beli guna duit dengan niat nak berniaga,
Sy tak salahkan awak sebab awak buat kerja,
Tapi tolong la jaga elok-elok masa angkut tu,
Jangan la buat sambil lewa sebab awak tau yg owner akan datang tuntut,
Kalau tak tuntut pun,awak boleh lelong,
Jadi tak salah kalau buat kerja elok-elok kan?,
Sekali lagi sy akur kesalahan sy kerana berniaga tanpa lesen,
Tapi sy tak ganggu awak nak angkut stall sy,
Jadi kenapa tak angkat elok-elok?,
Sy tau awak penat,
Tapi kena pikir juga sy pon penat turun naik pejabat awak,
Kena cari lori untuk angkat balik,
Penat sy cari duit nak beli stall tu,
Penat sy nak cari duit untuk hidup zaman sekarang ni.

Sedihnya,
Sy harap pihak awak dapat jadikan ini sebagai cabaran untuk awak lebih mengutamakan kualiti kerja,
Jangan buat kerja sekadar buat je,
Kena selalu fikirkan perasaan orang,
Mungkin kebanyakan dari kami peniaga-peniaga kecil ni tak marah awak nak sita,
Tapi tolong la jaga barang kami,
Walaupon barang tu tak mahal,
Tapi semua tu periuk nasi kami.

Luahan hati kecil,sabar itu separuh daripada iman.

#mpkj #penguatkuasa #bandarbarubangi #bangi
c/p fb

DORAYAKI

Bahan-bahan :

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

BAHAN UNTUK INTI :

kacang merah yg manis/ kaya

CARA PENYEDIAAN

1.Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang.

2.Masukkan madu, minyak dan esen vanilla.

3.Kacau hingga mesra.

4.Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur.

5.Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

6.Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.

7.Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm.

8.Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak.

9.Ulang sampai habis (20 keping).

10.Letak 1 sudu besar kacang merah / kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih.

11.Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah / kaya.

12.Sedia untuk dihidangkan.

Kuih Ketayap Berwarna

Bahan-bahan :

2 cwn tpg gandum
1 bj telur..pukul dulu hingga kembang
1 sk esen vanilla
Sedikit garam halus
2 1/2 cwn air
Pewarna ikut suka

Cara Buat

# satukan semua bahan dlm satu bekas kecuali pewarna..kacau rata..baru blend

# panaskan non stick pan..akk guna pemanggang ajaib..sapu nipis minyak pd pan..tuang sesenduk adunan..ratakan bulat..dah masak angkat

# agak dh sejuk sikit..letak inti..lipat kiri dan kanan..gulung

Inti Kelapa:

1 cwn gula merah
1/2 ketul gula melaka
3-4 helai daun pandan
1 cwn air

# masak dlm periuk hingga hancur kedua2 gula..tapis dlm kuali

# masuk 1 bj kelapa parut putih..kacau rata..bubuh sedikit garam kasar..kacau lg..agak2 nk kering letak 1 sudu tpg pulut..kacau sebati..siap

10 TIPS JIMAT KAHWIN 2016

Selalu terbit rasa kasihan pada sahabat- sahabat yang sanggup berikat perut semata- mata mengumpul duit lebih untuk kahwin, malah terpaksa tangguhkan tarikh kerana kewangan belum mencukupi.

Kadang nilai yang dikumpul jauh berpuluh kali ganda dari gaji. Dirasakan hampir mustahil untuk mencapat amaunt tersebut
Saya nak kongsikan beberapa tips untuk kurangkan belanja kahwin @ mudahkan kerja kahwin.

1. Minta mak ayah, sedara mara, adik beradik faham yang anda nak langsungkan majlis serba sederhana dan menepati syariah. Bila orang- orang dekat kita faham, insyaAllah diorang akan support malah tolong hulur- hulur bantuan sedikit.
Macam saya alhamdulillah, majlis makan di sponsor sepenuhnya oleh 3 orang abang yang sangat ohsemm.
Jimat banyak tu!

2. Beli barang hantaran pada waktu SALE sahaja. Disarankan anda beli barang sederhana sahaja, namun faham- faham sahajalah kadang ada rasa nak beri yang terbaik untuk pasangan @buah hati kita. jadi manfaatkan SALE yang ada macam di SOGO, JUSCO, PAVILLION. Jangan terperanjat anda dapat jimat hingga 70%. Jika dapat beli awal lagi bagus.

3. Kad kahwin murah.
Zaman facebook ramai buat invitation melalui alam maya sahaja. Jimat banyak! xperlu keluar sesen pon. Ada yang sempoi fotostat kad kahwin untuk diedarkan pada orang ramai.

Kalau nak jaga air muka mak ayah, sebab zaman mereka tak ada facebook, boleh lah tempah kad kahwin cantik- cantik. Jangan terpedaya, kad kahwin cantik pon ada yang murah! boleh dapat sehingga harga RM0.10- RM0.15/kpg. Rajin- rajin survey Fb @ internet.

4. Doorgift
Zaman dulu orang bagi telur sebiji je. Kos paling RM0.20. Sekarang pelbagai variasi yang saya lihat. Sekurang- kurang RM1. Kali 1000 orang? Dah macam wajib pon ada. Elok- elok belanja kahwin cuma rm20k dah perlu tambah RM1000.

Well, kalau dah terpaksa sangat bagi doorgift carilah harga yang berpatutan dan dihargai tetamu. Sebab kasihan, kadang tetamu buang, atau simpan dalam store. Dah ramai yang sedar, dan mula beri sesuatu yang bermanfaat kepada ramai orang. Dapat panjang-panjangkan pahala. Kalo bagi coklat2 pun boleh, tapi kejap je la tetamu simpan. Silap-silap dalam kereta masa drive balik tu lagi goodies habis kene makan ;)

Buku alkahfi, doa harian, yasin dan mathurat boleh dijadikan sebagai pilihan sebagai doorgift buat tetamu. Ada yang jual semurah 50 sen senaskah!

Visit fb page Doorgift Bawah RM1 utk pilihan doorgift murah dan bermanfaat

5. Catering harga berpatutan
Banyak sekarang catering yang menyediakan pakej bajet. maklumlah zaman ekonomi yang serba mencabar. cuba dapatkan catering yang siapkan skali pakej khemah, meja makan dan paling penting bajet.

6. Sound system dan DJ
Tak payahlah. Dulu saya pinjam speaker jiran yang besar pasang pada laptop. Boleh pilih lagu yang suka dan islamik lagi. Alhamdulillah majlis tetap meriah dan ohsem.

7. Photographer
Alhamdulillah, suami memang geng camera. So mudah je minta kawan tolong ambil kan gamba ( bayar la sikit). Manfaatkan peluang yang ada. Tapi waktu tu suami nak juga hire orang buat video. Layan je lah, dah jimat banyak.
Kalau tak ada kawan, adik beradik ade camera dslr, cari kawan yang ade iphone pon dah cukup. Gambar superb, siap boleh edit sendiri.

8. Pelamin
Tak payah. Tak patuh syariah... Kalau teringin sangat, hias meja makan beradap cantik- cantik. boleh jadi dwi fungsi. Sebagai tempat makan atau tempat ambil gambar. :)

9. Sekalikan majlis akad nikah dan kenduri kahwin. Tak perlu keluar belanja dua kali. Sedara mara yang jauh pon senang.

10. Last but not least, buat checklist. Banyak contoh- contoh check list yang orang lain dah pernah buat. Tinggal adjust mengikut kesesuaian dan budget anda. Tinggal google "checklist perkahwinan" akan keluar bermacam checlist. Boleh buat sebagai rujukan.

Akhir kata, perkahwinan adalah sunah Nabi. Jangan jadikan ia sebuah majlis yang mendatangkan dosa dan dimurkai Allah.

p/s - boleh share kepada kawan2 anda yg nak kahwin 2016 ni. semoga sama-sama mendapat manfaat :)

“Salam sis..sy dah selamat bersalin bb girl… Alhamdulillah.. sakit tak lama..tak gunting pun walau baby besar 3.9Kg. Dengan izin Allah, dan berkat guna MKD. Tq sis”

"Sy pun dh cuba produk nih... bersalin normal 3.8kg tanpa jahitan dan berada dlm LR 2 jam je... Alhamdulillah.. (Noorul Che Ahmad)

“Bp minggu saya amalkan mkd ni hb saya nek serta merta ke normal. Selama berbulan preggy susah nak nek mcm2 mkn n ikut ubat doc. Tapi masa 11feb nurse senyum gembire hb xlow lagi. DSari 10 terus mendadak naik 11.1. Pecah rekod dalam buku pink semua tulisan wane biru (positif). Mungkin pd yg xpnh kne hb low ni akan rase senang je nak tambah darah ni.. tapi saya yg mengalami nak naik 10.3 pon susah same sekali. Dengan izin Allah dan MKD Alhamdulillah…”

“Sy da guna mkd dari preggy 3 bulan sampai brsalin. Alhamdulillah proses bersalin cepat walaupun ini pengalaman pertama saya, 6cm baby da keluar.. berat baby 3.15. Sepanjang brsalin mmg xde masalah apa2.. lagi 1 nk share, sy and suami darah o, tapi anak xde jaundis.. Tq, MKD!!

“Mmg bagus MKD ni..mslh hb low dah xde, kejang kaki, stretchmark pon xde.. mslh semua hilang. Best sgt.. saya dah guna, skrg tggu due”

Dan BANYAK LAGI TESTIMONI MKD YANG LAIN di

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1615533865348814.1073741829.1615495748685959&type=1&l=206927488f

Anda hamil dan mengalami perkara-perkara berikut??
a) Mabuk yg teruk
b) tiada tenaga dan keletihan
c) Kencing Manis
d) Mempunyai history keguguran
e) Fibroid
f) Tekanan darah tinggi atau rendah
g) Parut stretchmark yg tak cantik
h) Sembelit ketika hamil
i) kekurangan susu (kepada ibu menyusu)

Terima kasih

Kedah bergolak.

RM0 BH 20/01: Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai MB dan Pengerusi UMNO negeri - Ahmad Bashah

c/p fb

SAYA TIDAK MENYALAHKAN ORANG KETIGA....SUAMI SAYA TETAP BERSALAH

►PENGALAMAN pahit yang saya lalui mungkin pernah dirasai oleh kaum wanita lain. Mustahil dalam sesebuah perkahwinan tidak pernah dilanda badai. Namun setiap masalah dapat mematangkan kita dalam berfikir dan bertindak. Saya tak salahkan kaum lelaki, malah ada kes tertentu para isteri sendiri menjadi ibu keladi pembawa masalah dalam rumah tangganya.

''Saya telah berkahwin selama 18 tahun. Dan sepanjang tempoh itu saya diuji sebanyak dua kali dengan kehadiran orang ketiga. Namun saya tidak menyalahkan pihak ketiga semata-mata, suami saya tetap bersalah dalam hal ini.'' Demikian cerita Nordilaila dalam emelnya.

''Kata pepatah ''bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Hakikat yang perlu diterima oleh setiap lelaki dan perlu dipercayai oleh setiap wanita adalahsecantik dan sebaik mana pun isteri yang sah dimiliki, lelaki tetap lelaki. Keinginan mereka untuk memiliki lebih daripada satu isteri untuk mewarnai hidupnya tetap tertanam dalam hati mereka.

''Sebagai isteri, saya cuba sedaya upaya menjadi isteri dan ibu yang baik, walaupun bukan paling sempurna kerana hanya Dia sahaja yang Maha sempurna.

''Telahan saya benar. Lapan tahun lepas, ketika saya sibuk menyiapkan ijazah sarjana muda atas permintaan suami, yang mahu saya terus maju, rupa-rupanya ketika itu dia sudah ada perancangan dalam hatinya, kerana dia sedang mengulit cinta dengan gadis berusia 22 tahun.

''Peristiwa itu tidak saya ketahui dan tidak terbongkar hinggalah cuti akhir semester, saya pulang ke rumah untuk berehat kebetulan saya diserang demam panas. Saya pulang dengan harapan suami dapat melegekan sedikit deman saya, malangnya suami tetap mahu keluar meninggalkan saya untuk berjumpa buah hati. Pelbagai alasan diberi membohongi saya.

''Walaupun demam, naluri seorang isteri memang kuat entah macam mana tergerak hati saya untuk melihat bil telefon. Saya nampak nombor yang amat popular sentiasa didail oleh suami saya ada antaranya berjumlah lebihi RM60 untuk satu panggilan. Cuba bayangkan berapa jam mereka berbual.

''Saya memberanikan diri mendail nombor tersebut. Dan tembelang suami saya pecah. Rasa kecewa dan hampa menyelubungi hati saya. Saya tanya suami apa silap dan salah saya, katanya saya tak buat silap apa pun. Habis mengapa main-main cinta dengan wanita lain?

''Selepas peristiwa itu sudah amat sukar untuk saya percayakannya lagi. Jiwa rasa terseksa. Namun demi anak-anak, saya teruskan juga perkahwinan ini walau hati terluka.

''Suami selepas mohon maaf dan berjanji dengan nama ALLAH dia tidak akan mengulanginya lagi. Selepas itu, dia meneruskan hidup seperti biasa, tanpa sedikit rasa bersalah.

Kenangan
''Selepas itu dunia saya aman seketika. Awal 2010, kami menerima berita gembira akan kehadiran seorang lagi cahayamata. Saat itu, saya mula melupakan apa yang telah suami saya lakukan sebelumnya. Di samping saya sentiasa berdoa moga saya mampu melupakan terus kenangan buruk itu. Dan amat penting suami insaf atas kecurangan yang dilakukannya.

''Tetapi entah mengapa ketika hamil itulah hati saya kembali merasa sangsi. Naluri seorang isteri memang tepat, walaupun saya cuba buang rasa sangsi itu jauh-jauh dari lubuk hati saya. Dan saya sentiasa ingatkan suami agar jangan ulangi perbuatan melukakan hati saya lagi.

''Rupa-rupanya saya diuji lagi. Saya jumpa beberapa gambar suami bersama rakan sekerja yang mencurigakan dalam facebooknya. Bila ditanya, suami menafikan.

''Ketika kandungan sarat tujuh bulan saya temui nota suami kepada rakan pejabatnya. Mereka berbalas- balas mencurahkan rasa cinta yang cukup mengguris hati saya.

''Saya mohon penjelasan, suami nafikan. Lihatlah, betapa butanya lelaki bila berdepan dengan cinta sedikit pun tiada rasa belas melihat isteri sedang sarat mengandungkan zuriatnya. Tapi akhirnya dia mengaku, hubungan mereka sudah lama akrab. Suami mengaku bila saya minta dia hubungi wanita tersebut. Perkataan 'sayang' lahir dari mulut suami memanggil kekasihnya. Cuba bayangkan perasaan saya ketika itu!

Saya mohon suami ke syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan perincian bil.

''Saya terkejut bila lihat dalam sebulan suami menghantar 840 sms seawal 6.40 pagi hingga 2 pagi keesokkan harinya kepada kekasihnya, berbanding 18 sms kepada saya sebulan.

Hati saya hancur berkecai. Saya rasa amat teraniaya. Kami mendapatkan nasihat Pejabat Agama dan ibu bapa, tetapi belum mampu menyakinkan saya bahawa suami benar-benar akan berubah.

''Secara jujur saya tidak takut untuk berpisah jika itu jalan terbaik buat kami. Namun dia tidak rela melepaskan saya dan mohon diberi peluang kerana selama hidup bersama, saya secara ikhlas menampung sebahagian besar perbelanjaan keluarga tanpa ungkitan.

''Saya rasa terlalu penat. Tapi demi anak-anak dan bayi yang bakal lahir, saya perlu kuat. Apa yang saya lakukan kini, berserah sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T untuk perjalanan rumah tangga kami seterusnya kerana Dia-lah yang Maha Tahu apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Apa yang jelas, saya hanya mahu bersama anak-anak yang menjadi sumber kekuatan saya. Untuk suami, saya hanya berserah kepadaNya moga dia bertaubat dan insaf.

''Kepada gadis-gadis yang asyik mengulit cinta dengan suami orang, satu sahaja pesanan saya apa yang anda lakukan hari ini mungkin akan anda lalui suatu hari nanti kerana anda akan berkahwin, jadi seorang isteri dan ibu. ALLAH itu Maha Adil.

Sumber : Utusan Malaysia


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia semakin merosot dan mundur di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau hanya mahu populariti untuk kekal sebagai perdana menteri.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan angkasawan Rusia Salizhan Sharipov di Yayasan Kepimpinan Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

komen rakyat



sumber eksklusif SinarTV

13 TANDA SUAMI ANDA NAK KAHWIN LAGI SATU

Sebagai isteri, pastinya kita risau jika orang yang kita sayang mula menunjukkan tanda-tanda atau perubahan yang tak seiring dengan kita. Nak kata buang tebiat, adalah juga sedikit. Namun sebagai isteri anda harus sentiasa peka dengan gelagat suami.
Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur. Jom baca tanda-tanda berikut:

1. Bagi yang rajin sembahyang tu. Tiba-tiba malas pulak nak sembahyang dan macam-macam alasan yang dia bagi untuk menyatakan kenapa dia tidak sembahyang.

2. Gaya pemakaiannya dah macam anak-anak muda.

3. Kalau keluar 'shopping' pula selalu pergi sorang-sorang. Nak tunjuk bahawa yang dia tu 'single'.

4. Selalu tolong sidai kain kat luar ampaian, tapi akhir-akhir ni dah malas dia buat macam tu. Mungkin ada 'secret admirer' kat jiran sebelah atau pun rumah budak-budak bujang perempuan yang tak jauh dari rumah.

5. Bila telefon bimbit berbunyi, cepat-cepat dimatikan. Bila ditanya katanya "malas nak layan client."

6. Kalau menjawab panggilan, dia akan pergi kat luar rumah atau jauh sikit dari kamu. Lepas tu bila bercakap, perlahan je bunyi. Takut bocor lah tu.

7. Selalu kalau kat luar rumah bila pergi berjalan, bergilir-gilir dukung anak kecil. Tapi akhir-akhir ini kalau isteri minta tolong dukung anak sebab keletihan, jawabnya; "Eh! takan I yang nak dukung, malu lah orang tengok."

8. Kalau tidur selalu membelakangkan isteri (betul ke tak bahasa aku ni), dah tu lambat pulak tidur. Asyik tengok siling je, dah tu senyum sorang-sorang.

9. Selalu balik awal dari ofis. Tapi akhir-akhir ini asyik balik lambat. Katanya sibuk lah, banyak kerja, jalan 'jam'... bla.. bla... Masa ini, kena periksa kat pejabat dia samada betul atau tak.

10. Biasanya waktu malam selalu ada kat rumah. Lihat anak-anak buat 'homework'.Tapi akhir-akhir ini dia asyik keluar. Minum 'tea' katanya.

11. Hujung minggu biasanya duduk tercongok kat rumah. Tapi akhir-akhir ni hilang je memanjang.

12. Selalunya minuman kegemaran dia adalah kopi 'O'. Tapi sekarang ini lain pulak dah, banyak jenis kopi yang dia minum. Kopi Tongkat Ali, Kopi Cengkudu, Kopi Jantan dan macam-macam lagi.

13. Yang ini adalah kemuncak tanda-tanda yang dia memang nak pasang lagi satu. Bila tidur asyik mengigau, dah tu asyik sebut "tipah!" "tipahhhh!"

Bila jadi cam ni jangan lupa ambil tindakan selanjutnya. Jangan sampai dia ambil cuti panjang.

sumber fb Rahsia Perkahwinan

Bismillah...

Warkah Terbuka Untuk Mak Ayah Yang Sayang Anak.

Anda ada anak gadis.
Umurnya 14 tahun. Tktn 2.
Manis. Sedikit cantik.
B'mana budak lelaki boleh 'tackle' dia ?

Masa di sekolah - dalam dan luar kelas.
Dalam perjalanan rumah-sekolah-rumah
Kecuali mak-ayahnya hntar dia.
Barangkali petang - aktiviti ko-K
Mungkin 2-3 kali seminggu ke tuisyen.
Atau tika aktiviti hujung minggu di sekolah.

Ternyata terbatas. Memang terhad.
Syabas anak anda terkawal.

Tetapi kini tidak lagi. Sepanjang masa
Anak gadis anda terdedah
Hampir anytime
Hampir anyday
Hampir anywhere :
Mana-mana budak, remaja, malah dewasa lelaki boleh hubungi dan berbicara dgn anak gadis anda tanpa anda ketahui. Yes, yes, yes. That's true. Very true.

Sampai ke bilik tidurnya
Sampai jam 12 tengah malam
Sampai boleh berbicara bersemuka
Sampai boleh lontar ayat2 pujuk rayu
Sampai boleh pujuk dia tunjuk semua yg ada pada dirinya termasuk yg sesulitnya
CUMA tak boleh sentuh dan pegang
Tak apa itu lain kali "bisa diatur"

Bagaimana semua boleh berlaku ? Mudah saja. Puncanya kerana "sayang" anak !!

Anak 14 tahun.
Malah ada yang 11, 12 tahun sudah diberikan Samsung, Lenovo, Asus, Oppo, Sony ... malah i-Phone. (Maaf Nokia 3310 tak main la !)
Asal berinternet
Asal berselfie
Asal berFB
Asal berWhatsApp
Asal berWeChat
Asal bertelegram
Asal berinstagram

DAN ASAL MAK-AYAH
Beli telefon pada anak tapi ...
tak pernah pantau
-- tak tahu pantau
-- tak ada masa nak pantau

Maka tunggulah saatnya.
Bukan dia pandai2. Tidak.
Dia terikut kawan.
Dia belajar dari kawan.

Lambat laun pasti menyesal
Anak itu kini boleh dan akan:
-- masuk video lucah
-- anak p'puan tengok kemaluan lelaki
-- anak lelaki tengok kemaluan p'puan
-- tonton video lucah tengah beraksi
-- nampak semua jenis aksi
-- seks lelaki sama p'puan
-- seks p'puan sama p'puan
-- seks sorang p'puan 2-3 lelaki
-- seks lelaki sama lelaki
-- terima video dihantar orang lain
-- kekadang dia juga hntr kat orang lain

Itu belum masuk:
-- foto berahi
-- cerita berahi

Anak yg tersangkut fenomena ini
Lupa sasaran.
Lupa pelajaran.
Ditakuti lupa Tuhan.

Bagi telefon KONONnya
-- anak senang contact ibubapa
-- ibubapa mudah contact anak
-- takut ada kecemasan
-- anak nak bicara hal pelajaran dgn rakan
KONON ... itu tidak lagi berlaku kini.

Kalau setelah baca setakat ini
Masih relaks, tak rasa risau, bimbang dan takut anaknya memiliki handphone ... entahlah I'm dumbfounded.

Mak ayah fikir 19 kali sebelum:
- izinkan anak miliki handphone
- berkata "tak apa" anak aku tak camtu

Sayang anak ... kawal
Sayang anak ... tegas
Sayang anak ... renung dalam posting ini

SHARE untuk kita sebarkan kpd seramai mungkin mak ayah hal ini
------------------------

setakat ni saya dpt amalkan unt tidak memberi hp kpd anak saya kecuali slps spm.

Pengemis cyber

Teknik cari duit cara mudah.

Perhatikan nama bapa budak budak ini semua En. Muhammad Amirul dan no acc yg sama...Menipu atas kesempitan dan kesusahan orang lain... -tf